Isnin, 11 November 2013

WARGA BARU KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Kraftangan Malaysia cawangan Sabah telah menerima anggota baru Encik Shazwan Abdul Rahim kelahiran Kuantan, Pahang. Shazwan telah melapor diri pada 4 November 2013 dan ditempatkan di Unit Pembangunan Usahawan sebagai Penolong Pengarah Unit Pembangunan Usahawan PKKM Cawangan Sabah. Sebelum ini Shazwan bertugas di bahagian Usahawan Ibu Pejabat. Berkat kebijaksanaan dan kepercayaan pengurusan terhadap beliau, membuatkan pihak pengurusan memberikan mandat besar untuk memikul tanggungjawab besar dengan menerajui Unit Pembangunan Usahawan di Sabah.


Shazwan berpendidikan Bachelor of Business Administration (Hons) Finance dari International Islamic University Malaysia (IIUM) sebelum berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia pernah mencurah bakti dengan Unit Pengurusan dan Latihan, Istana Budaya di ibu Negara. Kini Shazwan berbakti dengan Kraftangan Malaysia cawangan Sabah dan diyakini boleh menyumbang kepakarannya demi untuk kegemilangan Kraftangan Malaysia keseluruhannya dan cawangan Sabah khususnya. Pihak Pengurusan dan semua warga Kraftangan Malaysia cawangan Sabah mengalu-alukan kehadiran Shazwan sebagai warga baru kraftangan di cawangan ini.

Tiada ulasan: