Selasa, 2 Oktober 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - 1 BORNEO MEMASUKI HARI KELIMA

2 Oktober 2012 merupakan hari kelima Promosi Kraf Malaysia 2012 berlangsung di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, penganjuran kali ini merupakan kali keempat diadakan di sini. Promosi ini menghimpunkan seramai 54 usahawan kraf yang datangnya daripada Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah sendiri. Promosi ini bermula pada 27 September 2012 yang lepas hingga 7 Oktober 2012. Beberapa aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan program dan sekaligus menarik masyarakat Kota Kinabalu untuk berkunjung ke promosi kali ini. Antara aktiviti diadakan adalah Promosi jualan kraf, persembahan, permainan rakyat, pendidikan dan interaktif kraf dan pameran produk. Promosi yang telah berlangsung selama 5 hari ini hampir mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. Masih ada 5 hari lagi promosi kraf ini berkampung di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu.

Gambar-gambar setakat 5 hari promosi berlangsung.

Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2012 - 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu

Gubahan bunga dari bahan kristal, usahawan datangnya dari Tawau, Sabah

Usahawan aksesori sibuk melayan pelanggan

Simple tetapi menarik menjadi pilihan golongan muda

Pertandingan mewarna batik

Persembahan karaoke dari usahawan negeri Melaka

Persembahan muzik tradisi Gambus oleh kumpulan Pewaris Papar

Persembahan oleh golongan kurang upaya Kumpulan Blind Fingers

Kumpulan Tempoe Doeloe gabungan pemuzik Sabah dan Surabaya dari Pusat Seni Suria. 

Pemenang pengunjung bertuah

Keindahan gubahan bunga kristal menarik perhatian pengunjung

Jumaat, 17 Februari 2012

TAKLIMAT HKK 2012 - PKKM SABAH

Taklimat HKK 2012 untuk pengusaha kraf Sabah.
Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan dilaksanakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sebagai persiapan penyertaan pengusaha kraf dari Sabah. Pihak Bhg. Pemasaran Dan Promosi telah mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha-pengusaha kraf yang akan menyertai HKK 2012 pada 14 Februari 2012 bertempat di PKKM Cawangan Sabah. Pengusaha yang hadir terdiri dari pengusaha kraf dari Keningau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Para pengusaha menyambut baik dengan penganjuran HKK 2012 dan telah memberikan persetujuan untuk menyertai HKK 2012.

Bersempena dengan taklimat tersebut majlis penyampaian bantuan mesin kepada usahawan SDSI juga turut diadakan dan seramai 3 orang usahawan telah menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada Encik Yadai Golok (pengusaha kraf tempurung), Puan Nuruniah Sintikan (pengusaha SDSI Kraf Kulit Kayu) dan Encik Jamawid Hj. Soh (pengusaha SDSI Kraf Logam - Parang). Penyempaian bantuan telah disempurnakan oleh Pengarah PKKM cawangan Sabah.





HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan diadakan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, kepada semua usahawan kraf Sabah yang ingin menyertai HKK sila berhubung terus dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah. Usahawan kraf yang telah mengesahkan untuk menyertai HKK, sila buat persiapan dan pastikan semua keperluan telah disediakan. Untuk mendapatkan tambang murah sila beli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur lebih awal, bagi maklumat penerbangan sila berhubung juga dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah.

Isnin, 13 Februari 2012

PROMOSI JUALAN KRAF FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 sekali lagi telah diadakan di daerah Tawau yang bermula pada 9 hingga 11 Februari 2012 bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah. Festival kebudayaan menghimpunkan pelbagai kebudayaan dari negeri Sabah dan juga dari negara-negara jiran. Penganjur  festival ini turut mengundang pihak Kraftangan Malaysia cawangan Sabah untuk mengadakan promosi jualan kraf, Promosi jualan kraf kali ini memberikan peluang kepada para pengusaha dari pantai timur Sabah untuk menjual produk kraf keluaran mereka kepada masyarakat setempat di Tawau melalui Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012.

Pengusaha Kraf dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu yang menyertai promosi jualan kraf di Tawau

Produk kraf dari masyarakat Lundayeh yang terdapat di daerah Tawau

Jumaat, 10 Februari 2012

PEMBUBARAN AJK KSKKM CAWANGAN SABAH

Pada 9 Febuari 2012 Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKKM) Caw. Sabah telah dibubarkan dengan rasminya dan seterusnya pembentukan AJK KSKKM Caw. Sabah yang baru untuk sesi 2012 – 2013 telah diadakan. Berikut adalah AJK KSKKM Caw. Sabah untuk sesi 2012 – 2013.

Penasihat : Encik Mohd Latif Bin Dirun
Pengerusi : Encik Abdul Rahman Omar
Tim. Pengerusi : Encik Mohd Yusof Johari
Setiausaha : Puan Rosmah Ag. Asim
Pen. Setiausaha : Puan Masayu Yacob
Bendahari : Puan Hjh. Noraidah Ikon
Biro Sukan : Encik Lawrence Kintau
Biro Kebajikan : Encik Jamaan Anjam
Biro Ekonomi : Puan Rofena Anim

AJK KSKKM Cawangan Sabah sesi 2012 - 2013