Khamis, 31 Oktober 2013

UCAPAN TAHNIAH

TAHNIAH. Semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah mengalu-alukan Encik Abdul Rahman Omar yang akan menerajui Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah sebagai Pengarah Cawangan bermula pada 1 November 2013. Semoga cawangan Sabah akan menjadi cawangan yang cemerlang, terbilang dan gemilang dibawah pimpinan beliau dalam melestarikan industri kraf di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD LATIF DIRUN

Pada 30 Oktober 2013 bertempat di Novotel Hotel, 1Borneo Kota Kinabalu telah menjadi saksi dimana Kraftangan Malaysia cawangan Sabah akan kehilangan kepimpinan Encik Mohd Latif Dirun yang secara rasminya akan bertukar ke Terengganu pada 1 November 2013 bagi menerajui Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu. Majlis perpisahan ini telah dihadiri oleh anggota-anggota kerja Kraftangan Malaysia cawangan Sabah, Pengarah JKKN Sabah dan Pengarah Arkib Negara cawangan Sabah.









PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT My3L

Program pembelajaran sepanjang hayat My3L peringkat Zon Sabah anjuran Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Tawau Sabah bermula pada 25 - 27 Oktober 2013 yang lepas.

Kraftangan Malaysia cawangan Sabah telah menyertai program tersebut dengan mengadakan aktiviti pendidikan kraf dan jualan produk kraf dari pengusaha-pengusaha kraf sekitar pantai timur Sabah. Sambutan terhadap aktiviti kraftangan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.









PESTA GONG MATUNGGONG 2013

Buat julung kalinya Kraftangan Malaysia menyertai Pesta Gong yang diadakan di Kg. Sumangkap, Matunggong pada 23 - 24 Oktober 2013. Pesta ini diadakan di daerah Matunggong, satu daerah yang cukup terkenal dengan pengeluaran gong, khususnya di kampung Sumangkap.

Kraftangan Malaysia cawangan Sabah mengadakan promosi jualan produk kraf dan juga aktiviti pendidikan kraf yang mendapat perhatian dari penduduk-penduduk sekitar Matunggong.








KURSUS PENGUKUHAN USAHAWAN

Bahagian Pembangunan Usahawan, Kraftangan Malaysia cawangan Sabah menghimpunkan usahawan kraf bagi kawasan pantai timur Sabah dalam Kursus Pengukuhan Usahawan yang diadakan di daerah Tawau pada 17 - 18 Oktober 2013 bertempat di Heritage Hotel, Tawau.

Seramai 60 orang usahawan dari pelbagai bidang kraf telah menyertai kursus ini. Penceramah kursus terdiri daripada Encik Abdul Rahman Omar dari Kraftangan Malaysia cawangan Sabah, Encik Ibrahim bin Hj. Ismail, Bahagian Usahawan Ibu Pejabat dan penceramah utama adalah Dr. Zhamree Gulam Rasul daripada Institut Usahawan Muda Sabah.









Peserta kursus bersama urusetia kursus dan para pemceramah kursus

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 - 1BORNEO HYPERMALL, KOTA KINABALU

Promosi Kraf Malaysia 2013 di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu yang diadakan pada 26 September 2013 sehingga 6 Oktober 2013 merupakan promosi yang paling berjaya dimana usahawan kraf yang menyertai promosi ini telah berjaya menjana pendapatan mereka sebanyak RM971,158.34 untuk tempoh 11 hari promosi berlangsung. Promosi ini telah berjaya kerana kerjasama yang jitu di kalangan semua jawatankuasa dan semua yang terlibat menjayakan promosi kali ini. 

















SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA 1 BORNEO, KOTA KINABALU

Promosi Kraf Malaysia 2013 yang akan diadakan pada 26 September 2013 hingga 6 Oktober 2013 di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu sekali lagi akan bertemu dengan peminat dan penggemar kraf di Sabah. Pada 24 September 2013 satu sidang media khusus untuk promosi tersebut telah diadakan bersama Pengerusi Kraftangan Malaysia YBerbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Salsidu bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) YBerusaha Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor dan Encik Mohd. Latif bin Dirun Pengarah Kraftangan Caw. Sabah.