Selasa, 27 Ogos 2013

KAJIAN PENYELIDIKAN BATIK DAN TENUN DI SABAH

Bahagian Pemuliharaan ibu pejabat dengan kerjasama Unit Pemuliharaan cawangan telah membuat kajian penyelidikan batik dan tenun di Sabah. Kajian ini merupakan satu cabaran dalam meneroka hasil seni yang masih tersimpan di bumi Sabah ini.

Sarinah Abd. Rahman, pegawai penyelidikan dari ibu pejabat buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu disambut oleh penulis di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu bagi memulakan penerokaan ke kawasan pedalaman Sabah. Perjalanan ke daerah Keningau merentasi banjaran Crocker yang merentasi muka bumi Sabah. Berada di puncak banjaran Crocker amat menggamit pengunjung dimana kelihatan berbalam-balam gunung Kinabalu yang berdiri megah di dada bumi Sabah ini, seolah-olah menyapa setiap pengunjung yang berkunjung ke Sabah.

Sebaik menjejakkan kaki di Keningau, tanpa lengah kajian terus dibuat di Pusat Kraftangan Sabah di Keningau untuk produk batik. Keesokkannya perjalanan bermula untuk kajian tenunan suku kaum Dusun Lobu di Kg. Kilu, Lanas Tulid, Keningau. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam dengan melalui jalan tanah merah yang berdebu.

Kg. Kilu yang berhampiran dengan gunung Terus Madi didiami oleh suku kaum Dusun Lobu dan menghasilkan tenun kain yang dipanggil Bayangkis. Kerja-kerja kajian terus diadakan dan sesuatu yang menarik adalah apabila seseorang gadis Dusun Lobu yang dipakaikan kain Bayangkis harus diiringi dengan lagu kuno nenek moyang bagi menghormati semangat yang terdapat pada kain Bayangkis. Penulis sempat merakam dan mencatat lirik lagu kuno tersebut yang dipanggil Limbai Mempakai. antara lirik tersebut.

Natoi aku na sekou
Sinulungan soh Bayangkis
Inongkosan soh kasumba
inatoi aku na sekau

Keunikan Bayangkis sangat terserlah kerana untuk menghasilkan kain tersebut, penenun harus melalui beberapa petua dan pantang larang dan kain tersebut dijaga rapi kerana dipercayai motif yang terdapat pada kain tersebut memiliki semangat (roh penjaga).

Dalam perjalanan balik, kerja-kerja kajian diteruskan dengan mengunjungi penenun-penenun kain suku kaum Murut Bookan di Kg. Delayan Lama, Sook Keningau.

Dikejutkan dengan hasil penemuan, dimana hasil tenun kain kaum Murut Bookan yang dipanggil Sulayau terdapat persamaan yang ketara dengan kain tenun Dusun Lobu yang dipanggil Bayangkis. Disebalik cerita terdapat pergeseran antara kedua kaum tersebut dalam pemilikan dan penghasilan sebenar kain tersebut. Persoalannya - Siapa pemilik sebenar penghasilan produk tersebut? Satu cabaran bagi pengkaji untuk mendapatkan kesahihan sebenar.(Kepastian dan kajian secara mendalam tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa).

Kajian seterusnya dibuat dengan pihak agensi kerajaan yang berkait rapat dengan fungsi masing-masing, antaranya pihak Muzium Sabah, Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan aktivis kebudayaan di Sabah. Bagi melengkapkan kajian batik di Sabah, kajian dan soal selidik juga dibuat dengan dua syarikat pengeluar batik di Sabah ia itu Rothman Batik dan Sabah Batik.

Kota Belud atau lebih dikenali sebagai pekan koboi di Sabah adalah satu daerah yang sinonim dengan ikan masin liking dan dengan penghasilan tenun tradisi Sabah. Kajian dibuat di pusat Inkubator Kraf di Kota Belud dan bertemu dengan beberapa penenun kain tradisi Sabah, termasuk kajian dibuat dengan Adiguru Kraf Tenun Siambitan Puan Hajah Pandian Sulaiman. Banyak info yang diperolehi dan bagi melengkapkan kajian. Kg. Merabau menjadi sasaran dengan mengunjungi Adiguru Kraf Tenun Mugah Puan Sabnah Dulah. Dengan kunjungan tersebut masa terlaksanalah kajian yang dibuat dan banyak meninggalkan kenangan manis dalam pelaksanaan kajian. Kajian yang tiada kesudahan ini tidak berakhir disini tetapi akan ada kajian yang lebih terperinci bagi mengungkai khazanah seni kraf yang masih banyak tertanam di bumi Sabah ini.

Gambar-gambar kajian














PELAJAR KOREA MENGANYAM KETUPAT

Unit Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan pendidikan kraf bersempena dengan Promosi Kraf Aidilfitri 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Pendidikan kraf ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Yongho High School, Korea pada 31 Julai 2013 yang telah membuat lawatan ke Sabah bagi melihat dan mempelajari seni dan kebudayaan masyarakat Malaysia di Sabah. Seramai 40 orang pelajar dan guru-guru pengiring telah menyertai aktiviti ini.

Pelajar-pelajar Korea ini didedahkan dengan pendidikan menganyam ketupat sebagai satu budaya masyarakat ketika menyambut perayaan Aidilfitri. Pelajar-pelajar ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk menyiapkan ketupat kerana hasil kerja mereka akan dinilai dan diberikan hadiah. Diakhir aktiviti ini kesemua rombongan pelajar Korea telah diberikan cendera kenangan sebagai penghargaan menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.

Gambar Aktiviti Pelajar-Pelajar Korea Menganyam Ketupat






PROMOSI KRAF AIDILFITRI DAPAT SAMBUTAN DI SABAH

Promosi Kraf Aidilfitri yang buat julung kalinya diadakan di Sabah telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat di Sabah khususnya yang tinggal di bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya. Ini dibuktikan apabila hasil jualan telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

Promosi berlangsung selama 11 hari dan diadakan bermula pada 25 Julai 2013 hingga 4 Ogos 2013. Seramai 40 orang usahawan kraf dari bidang tekstil - batik, hasil rimba, aksesori dan logam telah menyertai promosi kali ini. Bagi memeriahkan program beberapa aktiviti seperti pertandingan dan interaktif menganyam ketupat, pertandingan mengikat sampin dan pengunjung bertuah berdasarkan pembelian telah turut diadakan. Diakhir promosi para usahawan berharap supaya promosi seumpama ini akan terus diadakan di Sabah.

Peragaan Produk Kraf Jualan Mengikut Bidang






Taklimat Usahawan Promosi Kraf Aidilfitri 2013


Sidang Media Promosi Kraf Aidilfitri 2013


Aktiviti Sampingan Promosi Kraf Aidilfitri 2013


Penyampaian Hadiah Pemenang Aktiviti