Rabu, 22 September 2010

HARI MALAYSIA, HARI GEMILANG DI SABAH

Sambutan Hari Malaysia yang pertama kali disambut di Kota Kinabalu Sabah berjaya menanamkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia di Sabah, perkara ini jelas dilihat apabila laungan 1 Malaysia berkumandang disetiap ruang di Padang Merdeka dimana sambutan diadakan. Perdana Menteri menghimbau sekitar 47 tahun yang lampau dimana di tempat yang sama ketika itu digelar Padang Bandaran Jesselton berlangsungnya pengistiharan Malaysia pada 16 September 1963 oleh pemimpin-pemimpin yang lampau. Segelintir pemimpin yang masih hidup sehingga kini seperti Datuk Ghani Gilong diberikan penghargaan oleh kerajaan kerana jasa beliau semasa penubuhan Malaysia. Satu detik yang bersejarah juga terbentuk apabila pemimpin-pemimpin negara, pemimpin negeri Sabah dan pemimpin negeri Sarawak menandatangani memorandum Hari Malaysia sambil disaksikan oleh puluhan ribu rakyat Malaysia di Sabah. Persembahan simbolik juga menarik perhatian ramai dan dipersembahkan dengan penuh semangat patriotisme telah membangkitkan semangat setia rakyat terhadap negara yang telah terbentuk semasa penubuhan negara Malaysia yang lalu.

Sambutan gemilang ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa adanya kerjasama yang jitu dari semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Kraftangan Malaysia tidak ketinggalan apabila diberikan kepercayaan untuk menghias astaka utama tempat majlis sambutan berlangsung dan kepercayaan penuh juga diberikan untuk menyediakan hadiah cendera kenangan untuk pembesar-pembesar negara dan pemimpin-pemimpin negeri untuk sambutan tahun ini. Kerjasama dikalangan semua agensi ini menjadi pemangkin kejayaan sambutan Hari Malaysia yang berjaya diadakan dengan penuh kejayaan yang gemilang dan terbilang.

Gambar bersejarah bagi negeri Sabah semasa sambutan Hari Malaysia 2010

Sebahagian dari puluhan ribu rakyat Malaysia di Sabah yang hadir semasa sambutan Hari Malaysia 2010
Pemimpin negara dan pemimpin negeri Sabah dan Sarawak berdiri di hadapan puluhan ribu rakyat semasa sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Sabah

Gambar mencatat sejarah majlis menandatangani memorandum Hari Malaysia























 Memorandum Hari Malaysia yang ditandatangani ini disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia



Penyampaian penghargaan kepada tokoh penubuhan negara Malaysia 16 September 1963













Persembahan simbolik semasa penubuhan Malaysia 1963



Laungan 1 Malaysia berkemundang di padang merdeka Kota Kinabalu

Gambar cenderakenangan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia





Aksi pengelibatan Kraftangan Malaysia

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia tanpa mengira kedudukan turut turun padang bagi memastikan persiapan hadiah dan cenderakenangan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kami warga Kraftangan Malaysia cawangan Sabah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Kraftangan Malaysia seluruh negara, semoga bahagia dan gembira dihari lebaran ini. Mohon maaf zahir dan batin.