Jumaat, 14 Mei 2010

Pendidikan Kraf Sempena Craft Exotica 2010


Saban tahun Craft Exotica yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Muzium Negeri Sabah mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai. Untuk tahun 2010 sekali lagi Kampung Warisan, Muzium Sabah menjadi medan bagi pengusaha-pengusaha kraf berhimpun untuk memperlihatkan kemahiran dalam bidang kraf masing-masing. Kebanyakan pengusaha-pengusaha ini adalah terdiri dari pengusaha yang dibangunkan oleh PKKM Cawangan Sabah.

Craft Exotica 2010 bertambah meriah apabila Unit Pemuliharaan Kraf  PKKM Cawangan Sabah turut mengadakan pendidikan kraf untuk bidang Anyaman Buluh yang mana disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SMK Taman Tuan Fuad, SMK Putatan dan SMK Datuk Peter Mojuntin, pendidikan kraf yang diadakan adalah bersempena dengan pelancaran Craft Exotica 2010 yang telah disempurnakan oleh Datuk Joseph Pounis Guntavid, Pengarah Jabatan Muzium Sabah pada 10 Mei 2010.

Gambar-gambar semasa Program Pendidikan Kraf yang berlangsung di rumah kebudayaan kaum Suluk di kg. Warisan, Muzium Sabah.





Selasa, 11 Mei 2010

Bakal Guru Timba Ilmu Melalui Program Pendidikan Kraf

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah telah mengadakan program pendidikan kraf Batik Canting yang diadakan di Pusat Seni, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pada 20 April 2010. Program pendidikan kraf ini diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Institut berkenaan dan disertai seramai 30 orang bakal pendidik yang mengambil pengkhususan seni visual.
Program pendidikan kraf yang diadakan adalah untuk memberi pendedahan dengan teknik-teknik pembuatan batik canting baik secara teori atau pun praktikal dan seterusnya kerja-kerja proses pembuatan batik canting dari mula sehingga selesai.
Para peserta begitu berminat untuk mempelajari dan sekaligus menghasilkan produk batik mengikut daya kreativiti masing-masing. Dimana di akhir program ini, peserta-peserta telah menghasilkan kain batik sepanjang 2 meter mengikut kreativiti sendiri di samping itu mereka juga turut menghasilkan kain batik yang sesuai untuk dijadikan frame.

Gambar-gambar aktiviti semasa Program Pendidikan Kraf di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau


























Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim turut mencanting batik semasa Pendidikan Kraf tersebut.