Jumaat, 17 Februari 2012

TAKLIMAT HKK 2012 - PKKM SABAH

Taklimat HKK 2012 untuk pengusaha kraf Sabah.
Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan dilaksanakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sebagai persiapan penyertaan pengusaha kraf dari Sabah. Pihak Bhg. Pemasaran Dan Promosi telah mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha-pengusaha kraf yang akan menyertai HKK 2012 pada 14 Februari 2012 bertempat di PKKM Cawangan Sabah. Pengusaha yang hadir terdiri dari pengusaha kraf dari Keningau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Para pengusaha menyambut baik dengan penganjuran HKK 2012 dan telah memberikan persetujuan untuk menyertai HKK 2012.

Bersempena dengan taklimat tersebut majlis penyampaian bantuan mesin kepada usahawan SDSI juga turut diadakan dan seramai 3 orang usahawan telah menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada Encik Yadai Golok (pengusaha kraf tempurung), Puan Nuruniah Sintikan (pengusaha SDSI Kraf Kulit Kayu) dan Encik Jamawid Hj. Soh (pengusaha SDSI Kraf Logam - Parang). Penyempaian bantuan telah disempurnakan oleh Pengarah PKKM cawangan Sabah.





HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan diadakan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, kepada semua usahawan kraf Sabah yang ingin menyertai HKK sila berhubung terus dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah. Usahawan kraf yang telah mengesahkan untuk menyertai HKK, sila buat persiapan dan pastikan semua keperluan telah disediakan. Untuk mendapatkan tambang murah sila beli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur lebih awal, bagi maklumat penerbangan sila berhubung juga dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah.

Isnin, 13 Februari 2012

PROMOSI JUALAN KRAF FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 sekali lagi telah diadakan di daerah Tawau yang bermula pada 9 hingga 11 Februari 2012 bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah. Festival kebudayaan menghimpunkan pelbagai kebudayaan dari negeri Sabah dan juga dari negara-negara jiran. Penganjur  festival ini turut mengundang pihak Kraftangan Malaysia cawangan Sabah untuk mengadakan promosi jualan kraf, Promosi jualan kraf kali ini memberikan peluang kepada para pengusaha dari pantai timur Sabah untuk menjual produk kraf keluaran mereka kepada masyarakat setempat di Tawau melalui Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012.

Pengusaha Kraf dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu yang menyertai promosi jualan kraf di Tawau

Produk kraf dari masyarakat Lundayeh yang terdapat di daerah Tawau

Jumaat, 10 Februari 2012

PEMBUBARAN AJK KSKKM CAWANGAN SABAH

Pada 9 Febuari 2012 Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKKM) Caw. Sabah telah dibubarkan dengan rasminya dan seterusnya pembentukan AJK KSKKM Caw. Sabah yang baru untuk sesi 2012 – 2013 telah diadakan. Berikut adalah AJK KSKKM Caw. Sabah untuk sesi 2012 – 2013.

Penasihat : Encik Mohd Latif Bin Dirun
Pengerusi : Encik Abdul Rahman Omar
Tim. Pengerusi : Encik Mohd Yusof Johari
Setiausaha : Puan Rosmah Ag. Asim
Pen. Setiausaha : Puan Masayu Yacob
Bendahari : Puan Hjh. Noraidah Ikon
Biro Sukan : Encik Lawrence Kintau
Biro Kebajikan : Encik Jamaan Anjam
Biro Ekonomi : Puan Rofena Anim

AJK KSKKM Cawangan Sabah sesi 2012 - 2013