Selasa, 26 Julai 2011

ADAU JANANG GAYUH 2011

Pihak Persatuan Bersatu Bisaya Sabah telah mengadakan sambutan Adau Janang Gayuh 2011 pada 23 – 24 Julai 2011 bertempat di Beaufort, Sabah. Perayaan ini adalah sambutan Hari Pemimpin Agung kaum Bisaya di Sabah. Pihak PKKM Cawangan Sabah juga turut serta dalam menjayakan sambutan berkenaan dengan mengadakan aktiviti Interaktif kraf dan promosi jualan produk kraftangan.

Janang Gayuh YB Datuk Seri Panglima  Haji Lajim Haji Ukin tertarik dengan proses mencanting dan mewarnakan batik semasa lawatan beliau ketika aktiviti interaktif kraf sedang berlangsung. Beliau juga memuji pihak PKKM Sabah atas usaha untuk mengekalkan kesenian tempatan melalui penghasilan produk kraf sebagai warisan suku-suku kaum di Sabah. Penutupan sambutan Adau Janang Gayuh 2011 telah disempurnakan oleh YB Dato' Joseph Salang Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Gambar-gambar aktiviti.










 
 
 
 
 

FESTIVAL KESENIAN RAKYAT ANTARABANGSA MEDIUM MEMPROMOSI HASIL KRAF TEMPATAN

Utusan Borneo 21 Julai 2011
Sabah menjadi tumpuan dunia apabila sebanyak 18 buah negara berkumpul di Kota Kinabalu Sabah untuk mempamerkan kepada masyarakat Malaysia di Sabah dengan keunikan kebudayaan Negara masing-masing sepanjang Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2011 (SIFF) yang berlangsung pada 19 – 24 Julai 2011 yang lepas bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Pihak PKKM Cawangan Sabah telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Pelancongan Dan Alam Sekitar Sabah melalui agensinya iaitu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk menyelaraskan promosi jualan kraf sepanjang SIFF 2011 berlangsung. Pihak PKKM Sabah telah mengadakan aktiviti demonstrasi tenun songket dastar, interaktif batik canting dan promosi jualan kraf dari usahawan yang didatangkan dari daerah Kota Belud, Kudat, Tambunan, Kota Kinabalu dan juga penjualan Batik 1 Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang berkata, promosi kraftangan sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke 6 boleh menjadi medium bagi mempromosi hasil-hasil kraf tempatan ke peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan untuk mempromosi dan menjual hasil kraftangan mereka kepada pengemar-pengemar produk kraftangan. Beliau juga berterima kasih kepada pihak PKKM Cawangan Sabah kerana turut memberi sumbangan dalam menjayakan SIFF ke 6 ini melalui program promosi kraftangan tempatan.

Gambar-gambar aktiviti.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEJAYAAN SESUATU PROGRAM MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM PEMBINAAN SIKAP

“Kejayaan sesuatu program bukan terletak berapa banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Tetapi, ianya dianggap berjaya apabila kita dapat melihat out put sesuatu program itu dan tentunya out put itu memberikan kesan yang baik terhadap setiap individu yang terlibat dalam menjayakan program itu dan memberikan impak positif dalam pembinaan sikap untuk melaksanakan program lain yang mendatang”, demikian dikatakan oleh Pengarah PKKM Cawangan Sabah, Encik Mohd Latif Dirun semasa memberikan ucapan semasa perhimpunan anggota-anggota kerja pada 21 Julai 2011 lepas.
Beliau berkata demikian kerana kejayaan PKKM Cawangan Sabah dalam pelaksanaan Promosi Kraf Malaysia 2011 yang telah melebihi sasaran pendapatan jualan usahawan sepanjang promosi yang diadakan pada 25 Jun hingga 4 Julai 2011 di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu.
Semasa perhimpunan tersebut, penyampaian anugerah 25 tahun perkhidmatan juga turut diadakan dan sementara itu pihak KSKKM Cawangan Sabah pula turut meraikan sambutan hari jadi kepada anggota kerja yang lahir pada bulan Januari hingga Julai 2011.

Gambar-gambar aktiviti.









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PENDIDIKAN KRAF MINGGU AKADEMIK MAKTAB SABAH

Bersempena dengan Minggu Akademik 2011 SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Julai 2011 bertempat di Dewan Perdana sekolah tersebut. Pihak PKKM Cawangan Sabah telah dijemput untuk mengadakan Pendidikan Kraf Batik Canting yang melibatkan 3 kelas dan juga turut disertai oleh guru-guru pendidikan seni visual bagi sekolah tersebut. Seramai lebih kurang 90 pelajar telah menyertai aktiviti ini. Diakhir aktiviti pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kerana pengelibatan pihak PKKM Cawangan Sabah dalam menjayakan aktiviti pendidikan kraf semasa minggu akademik sekolah tersebut.

Gambar-gambar aktiviti.

Jumaat, 15 Julai 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN PKKM CAWANGAN SABAH

Pada 12 Julai 2011 satu program Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan di seluruh bahagian dan cawangan Kraftangan Malaysia. PKKM Cawangan Sabah juga turut mengadakan program tersebut pada tarikh yang sama dan diadakan di bilik Melaka, pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Para usahawan kraf yang datang dari jauh mahu pun dekat berkumpul bersama-sama bagi menjayakan program tersebut.

Pengarah PKKM Sabah, Encik Mohd Latif Dirun melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua usahawan yang hadir dan atas komitmen dan pengelibatan mereka yang turut menjayakan Promosi Kraf Malaysia 2011 yang lepas dan turut menyumbang sehingga sasaran jualan yang ditetapkan telah dicapai, bahkan melebihi sasaran tersebut. Hari Bertemu Pelanggan ini juga telah diadakan sesi soal jawap dan sesi menderma darah bagi mengisi tabung darah hospital Likas, Kota Kinabalu. Sepanjang program tersebut para usahawan juga berasa gembira kerana dapat bersemuka dengan pihak pengurusan cawangan dan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Gambar-gambar semasa Program Hari Bertemu Pelanggan 2011.
















Selasa, 12 Julai 2011

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2011 – KRAF MENJANA EKONOMI

Akhbar Utusan Borneo - 6 Julai 2011
Pada 25 Jun 2011 hingga 4 Julai 2011 bertempat di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat bandaraya Kota Kinabalu apabila para pengusaha kraf dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor dan Terengganu berhimpun dibawah satu bumbung Promosi Kraf Malaysia 2011 di Sabah, bagi menghidangkan keunikan dan keindahan produk-produk kraf untuk memenuhi selera pengemar-pengemar kraf di Sabah.

Promosi Kraf Malaysia 2011 bertemakan “Kraf Menjana Ekonomi” mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh masyarakat bandaraya Kota Kinabalu dan juga masyarakat dari daerah-daerah yang berdekatan dengan Kota Kinabalu. Sepanjang promosi berlangsung para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dan hiburan pentas yang dijayakan oleh para persatuan kebudayaan dan juga artis-artis negeri Sabah. Selain dari itu promosi kali ini juga mencatat sejarah apabila Unit Pemuliharaan cawangan telah mengadakan Hari Pendidikan Seni dalam skala yang besar pada 2 Julai 2011 (Sabtu) yang menghimpunkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa untuk mengadakan aktiviti kraf. Bagi menambahkan meriahnya promosi kali ini, beberapa jenis sukan rakyat seperti menyumpit, congkak dan dam haji turut diadakan.

Semasa promosi berlangsung sidang media juga turut diadakan yang melibatkan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan ketua-ketua jabatan dibawah KPKK di Sabah dan beberapa ketua jabatan kerajaan negeri yang berkaitan. Promosi kali ini mendapat respon yang baik dari para pengunjung, walaupun hujan lebat melanda bandaraya Kota Kinabalu tetapi orang ramai tetap berkunjung untuk membeli produk-produk kraf yang dijual sepanjang promosi kraf berlangsung, perkara ini dapat dilihat apabila hasil jualan sepanjang promosi berlangsung telah berjaya melebihi sasaran jualan yang disasarkan.

Lawatan TKP Kraftangan Malaysia dan Datuk Bandar Kota Kinabalu




















Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Demonstrasi Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Peragaan Fesyen Batik Kanak-Kanak Promosi Kraf Malaysia 2011











Aktiviti Sukan Rakyat promosi Kraf Malaysia 2011










Persembahan Kebudayaan Promosi Kraf Malaysia 2011
















Mini Konsert Gempita Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011