Rabu, 14 Disember 2011

UCAPAN TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN ENCIK NAZARI BIN MAARUS

KEHILANGAN MU AMAT SUKAR DICARI GANTI, PEMERGIAN MU MENINGGALKAN KENANGAN ABADI.

Dengan penuh takzim, pihak Pengurusan dan seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham Nazari bin Maarus yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Disember 2011. Pemergian beliau ini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada Kraftangan Malaysia, khasnya bagi industri kraftangan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al Fatihah ke atas roh Allahyarham.

Selasa, 13 Disember 2011

SEMINAR ANTARABANGSA WARISAN NUSANTARA DAN BICARA KRAF WARISAN 2011

PKKM Sabah melalui Unit Pemuliharaan telah mengadakan Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara dan Bicara Kraf Warisan 2011 pada 9 – 11 Disember 2011. Program ini diadakan bersama dengan pihak Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Seramai 60 orang peserta telah memilih menyertai Bicara Kraf Warisan 2011 yang dikendalikan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Semasa program tersebut sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dan dibicarakan oleh pembentang yang terdiri daripada Professor Madya Dr. Ismail Ibrahim, Dekan Sekolah Pengajian Seni UMS, Puan Parbiyah Bachik Bhg. Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cik Aida Shazlin Shaharom, Bhg. R&D Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat. Peserta terdiri daripada institusi perguruan, pelajar sekolah, usahawan kraf dan anggota kerja dari beberapa agensi di bawah KPKK di Sabah. Dalam program tersebut turut diadakan demonstrasi kraf Ukiran Halus Lepa, Ukiran Halus Sarung Parang, Anyaman Buluh, Sulaman Pis dan Tenunan Rungus, selain dari itu pameran produk diselaraskan oleh Unit R&D cawangan dan jualan produk kraf oleh beberapa usahawan kraf dari Kota Kinabalu. Sepanjang program berlangsung peserta dan pembentang dari luar seperti Indonesia, Brunei dan semenanjung turut mengikuti program Bicara Kraf Warisan 2011. Keseluruhannya para peserta berpuas hati dengan penganjuran Bicara Kraf Warisan 2011 dan berharap supaya program seumpama ini terus diadakan bagi kesinambungan hayat produk kraf warisan yang diancam kepupusan.
Gambar-gambar program.












PROMOSI KRAF MALAYSIA 1 BORNEO

Promosi Kraf Malaysia 2011 Sabah telah diadakan pada 24 – 29 November 2011 bertempat di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Promosi kali ini menghimpunkan seramai 51 orang usahawan yang datangnya dari Selangor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah sendiri untuk mempamerkan dan seterusnya menjual produk mereka untuk masyarakat Kota Kinabalu di Sabah. Orang ramai tidak ketinggalan untuk mendapatkan produk kesukaan mereka sebagai persiapan menyambut perayaan Natal 2011 yang akan menjelang tiba. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan jualan produk kraf yang dipasarkan sepanjang promosi tersebut.

Gambar-gambar sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2011










Jumaat, 26 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI 2011 / 1432H KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DI SELURUH NEGARA, SEMOGA GEMBIRA DAN MAAF ZAHIR BATIN - ROJA JAMUN & KELUARGA, PKKM SABAH

Khamis, 25 Ogos 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

PIHAK PENGURUSAN DAN SEMUA ANGGOTA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 2011 / 1432H KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DI SELURUH NEGARA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA 2011/1432H KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA SELURUH NEGARA, MAAF ZAHIR DAN BATIN - DARIPADA RUSMAH AG. ASSIM DAN KELUARGA

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

DARI SABAH HINGGALAH KE PERLIS, KITA AKAN BERAYA, NAK BERTEMU AMATLAH JAUH, NAK BERSALAMAN PUN MEMANG TAK DAPAT... HANYA KAD RAYA PENGGANTI DIRI DENGAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011/1432H KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

BERTEMU TAK DAPAT, BERSALAMAN TAK SEMPAT, HANYA KAD RAYA PENGGANTI DIRI...  SELAMAT AIDIL FITRI 2011/1432H, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DI SELURUH NEGARA - IKHLAS DARIPADA MOHD YUSOF JOHARI DAN KELUARGA

Rabu, 3 Ogos 2011

PELANCARAN MENGIBAR JALUR GEMILANG 2011

Upacara melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan milik Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah sempena pelancaran mengibar Jalur Gemilang peringkat KPKK di Sabah yang disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Almain Bin Ajirul, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah pada 29 Julai 2011 bertempat di Wisma Dang Bandang, Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah.

Selasa, 26 Julai 2011

ADAU JANANG GAYUH 2011

Pihak Persatuan Bersatu Bisaya Sabah telah mengadakan sambutan Adau Janang Gayuh 2011 pada 23 – 24 Julai 2011 bertempat di Beaufort, Sabah. Perayaan ini adalah sambutan Hari Pemimpin Agung kaum Bisaya di Sabah. Pihak PKKM Cawangan Sabah juga turut serta dalam menjayakan sambutan berkenaan dengan mengadakan aktiviti Interaktif kraf dan promosi jualan produk kraftangan.

Janang Gayuh YB Datuk Seri Panglima  Haji Lajim Haji Ukin tertarik dengan proses mencanting dan mewarnakan batik semasa lawatan beliau ketika aktiviti interaktif kraf sedang berlangsung. Beliau juga memuji pihak PKKM Sabah atas usaha untuk mengekalkan kesenian tempatan melalui penghasilan produk kraf sebagai warisan suku-suku kaum di Sabah. Penutupan sambutan Adau Janang Gayuh 2011 telah disempurnakan oleh YB Dato' Joseph Salang Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Gambar-gambar aktiviti.










 
 
 
 
 

FESTIVAL KESENIAN RAKYAT ANTARABANGSA MEDIUM MEMPROMOSI HASIL KRAF TEMPATAN

Utusan Borneo 21 Julai 2011
Sabah menjadi tumpuan dunia apabila sebanyak 18 buah negara berkumpul di Kota Kinabalu Sabah untuk mempamerkan kepada masyarakat Malaysia di Sabah dengan keunikan kebudayaan Negara masing-masing sepanjang Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2011 (SIFF) yang berlangsung pada 19 – 24 Julai 2011 yang lepas bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Pihak PKKM Cawangan Sabah telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Pelancongan Dan Alam Sekitar Sabah melalui agensinya iaitu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk menyelaraskan promosi jualan kraf sepanjang SIFF 2011 berlangsung. Pihak PKKM Sabah telah mengadakan aktiviti demonstrasi tenun songket dastar, interaktif batik canting dan promosi jualan kraf dari usahawan yang didatangkan dari daerah Kota Belud, Kudat, Tambunan, Kota Kinabalu dan juga penjualan Batik 1 Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang berkata, promosi kraftangan sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke 6 boleh menjadi medium bagi mempromosi hasil-hasil kraf tempatan ke peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan untuk mempromosi dan menjual hasil kraftangan mereka kepada pengemar-pengemar produk kraftangan. Beliau juga berterima kasih kepada pihak PKKM Cawangan Sabah kerana turut memberi sumbangan dalam menjayakan SIFF ke 6 ini melalui program promosi kraftangan tempatan.

Gambar-gambar aktiviti.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEJAYAAN SESUATU PROGRAM MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM PEMBINAAN SIKAP

“Kejayaan sesuatu program bukan terletak berapa banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Tetapi, ianya dianggap berjaya apabila kita dapat melihat out put sesuatu program itu dan tentunya out put itu memberikan kesan yang baik terhadap setiap individu yang terlibat dalam menjayakan program itu dan memberikan impak positif dalam pembinaan sikap untuk melaksanakan program lain yang mendatang”, demikian dikatakan oleh Pengarah PKKM Cawangan Sabah, Encik Mohd Latif Dirun semasa memberikan ucapan semasa perhimpunan anggota-anggota kerja pada 21 Julai 2011 lepas.
Beliau berkata demikian kerana kejayaan PKKM Cawangan Sabah dalam pelaksanaan Promosi Kraf Malaysia 2011 yang telah melebihi sasaran pendapatan jualan usahawan sepanjang promosi yang diadakan pada 25 Jun hingga 4 Julai 2011 di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu.
Semasa perhimpunan tersebut, penyampaian anugerah 25 tahun perkhidmatan juga turut diadakan dan sementara itu pihak KSKKM Cawangan Sabah pula turut meraikan sambutan hari jadi kepada anggota kerja yang lahir pada bulan Januari hingga Julai 2011.

Gambar-gambar aktiviti.