Isnin, 11 November 2013

KURSUS MOTIVASI DAN TRANSFORMASI USAHAWAN KRAF

Motivasi dan transformasi usahawan kraf diyakini boleh mengubah sikap para pengusaha kraf dalam mengharungi cabaran dalam membangun industri kraf di Sabah. Berdasarkan kesadaran itu Unit Pembangunan Usahawan telah mengadakan Kursus Pengukuhan Usahawan Kraf bagi usahawan-usahawan kraf kawasan pedalaman yang diadakan pada 6 - 8 November 2013 bertempat di Hotel Perkasa, Keningau.

Seramai 60 usahawan kraf telah mengikuti kursus ini. Peserta kursus memperlihatkan minat dan kesungguhan untuk menimba ilmu dalam kursus yang diadakan. Sepanjang kursus berlangsung peserta-peserta didedahkan dengan peranan unit Usahawan Kraf yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembangunan usahawan kraf di Sabah yang disampaikan oleh Encik Shazwan Abdul Rahim, Pen. Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Sabah. Taklimat mengenai penggunaan teknologi maklumat dalam pemasaran produk disampaikan oleh Puan Easter Karen Robert Meisin, Peranan pusat kraftangan Sabah di bawah seliaan Syarikat Kristal Handal Sdn. Bhd. disampaikan oleh Pengurus Besar Kristal Handal Puan. Zaiton Ahmad. Penceramah utama kursus adalah Dr. Zhamree Gulam Rasul dari Institut Usahawan Muda Sabah yang mengendalikan sepenuhkan pembinaan dan perubahan spiritual, mentaliti, fizikal dan emosional melalui ceramah motivasi yang beliau sampaikan.

Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk membuat tugasan gerak kerja kumpulan dan setiap kumpulan dinilai untuk mendapatkan kumpulan terbaik. Setiap peserta juga dinilai untuk mencari peserta lelaki dan wanita terbaik. Kumpulan terbaik telah disandang oleh kumpulan 4 yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai "Misompuru Kraf". Manakala, bagi peserta individu lelaki disandang oleh Encik Ramlan Ajam dan peserta wanita disandang oleh Kristina Padan. 

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan sepenuhnya oleh Pengarah PKKM Cawangan Sabah Encik Abdul Rahman Omar.









Encik Ramlan Ajam Peserta Lelaki Terbaik

Pn. Kristina Padan peserta wanita terbaik

Ucapan penutupan oleh Pengarah PKKM Sabah En. Abd. Rahman Omar




Gambar kenangan bersama semua peserta kursus, Pengarah PKKM Sabah, Para penceramah dan urusetia kursus

Tiada ulasan: