Khamis, 31 Oktober 2013

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE ISTANA NEGERI

Pengurusan Kraftangan Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada 24 September 2013 yang lepas. Rombongan pengurusan Kraftangan Malaysia diketuai oleh Pengerusi Kraftangan Malaysia YBerbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, YBerbahagia Datuk Salsidu bin Hj. Ibrahim Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, YBerusaha Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Sabah Encik Mohd. Latif bin Dirun dan pegawai-pegawai kraftangan dari cawangan Sabah. Semasa kunjungan hormat tersebut pihak Kraftangan Malaysia telah mempersembahkan kain songket dastar dan telah mendapat perhatian dari Tuan Yang Terutama.








Rombongan Pengurusan Kraftangan Malaysia Semasa Kunjungan Hormat Ke atas Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah


Tiada ulasan: