Khamis, 31 Oktober 2013

PENYERAHAN BANTUAN MESIN RINGAN KEPADA USAHAWAN KRAF DI SABAH

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, bahagian yang bertanggungjawab ke atas pembangunan usahawan kraf di Sabah telah membuat penyerahan bantuan mesin ringan kepada usahawan-usahawan kraf di Sabah. 

Terdahulu, Pengarah berkata kepada semua usahawan kraf yang menerima bantuan ini supaya menggunakan sebaik mungkin bantuan yang diberikan dan dapat menambahkan kapasiti pengeluaran dengan adanya bantuan mesin tersebut. Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengarah cawangan Sabah bersama Pen. Pengarah Bhg. Pembangunan Usahawan PKKM Sabah.



Tiada ulasan: