Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melalui Unit Pemuliharaan telah berjaya mengadakan Hari Pendidikan Seni dalam skala yang besar dimana melibatkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa. Hari pendidikan seni ini diadakan bersempena dengan Promosi Kraf Malaysia 2011 di Sabah dan telah menambah kemeriahan promosi tersebut. Hari pendidikan seni yang diadakan meliputi beberapa bidang seni seperti bidang kraf Batik, Sulaman Manik dan Anyaman, turut diadakan adalah bengkel seni tari yang dikendalikan oleh JKKN Sabah dan bengkel seni lukis yang dikendalikan oleh Muzium Sabah. Pelajar sekolah rendah juga tidak dilupakan dan aktiviti mewarna lukisan batik diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Hari pendidikan seni ini telah disertai oleh pelajar sekolah dari SM St. John Tuaran, SMK Kelombong, SMK Pulau Gaya, SMK Limauan. Penyertaan dari persatuan terdiri dari PERKEP Sabah, PERSIMA Sabah, KEMAS Putatan. Penyertaan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Kota Kinabalu, IPG kampus Kent Tuaran dan turut disertai oleh Komuniti Satu Malaysia (K1M) dan Kelab Setia K1M bandaraya Kota Kinabalu. Hari pendidikan seni yang bertemakan “Keindahan Seni – Sehari Bersama Pelajar dan Masyarakat” telah laksanakan dengan jaya dan mendapat kerjasama yang padu dari golongan masyarakat yang menyertai Hari Pendidikan Seni ini.
Gambar Hari Pendidikan Seni 2011
Aktiviti Pendidikan Kraf Batik Canting
Aktiviti Pendidikan Kraf Sulaman Manik
Aktiviti Pendidikan Kraf Anyaman
Aktiviti Bengkel Seni Lukis
Aktiviti Bengkel Seni Lukis
Aktiviti Mewarna Batik Kanak-Kanak
Penyampaian Penghargaan Untuk Kominiti 1 Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan