PKKM Sabah melalui Unit Pemuliharaan telah mengadakan Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara dan Bicara Kraf Warisan 2011 pada 9 – 11 Disember 2011. Program ini diadakan bersama dengan pihak Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Seramai 60 orang peserta telah memilih menyertai Bicara Kraf Warisan 2011 yang dikendalikan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Semasa program tersebut sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dan dibicarakan oleh pembentang yang terdiri daripada Professor Madya Dr. Ismail Ibrahim, Dekan Sekolah Pengajian Seni UMS, Puan Parbiyah Bachik Bhg. Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cik Aida Shazlin Shaharom, Bhg. R&D Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat. Peserta terdiri daripada institusi perguruan, pelajar sekolah, usahawan kraf dan anggota kerja dari beberapa agensi di bawah KPKK di Sabah. Dalam program tersebut turut diadakan demonstrasi kraf Ukiran Halus Lepa, Ukiran Halus Sarung Parang, Anyaman Buluh, Sulaman Pis dan Tenunan Rungus, selain dari itu pameran produk diselaraskan oleh Unit R&D cawangan dan jualan produk kraf oleh beberapa usahawan kraf dari Kota Kinabalu. Sepanjang program berlangsung peserta dan pembentang dari luar seperti Indonesia, Brunei dan semenanjung turut mengikuti program Bicara Kraf Warisan 2011. Keseluruhannya para peserta berpuas hati dengan penganjuran Bicara Kraf Warisan 2011 dan berharap supaya program seumpama ini terus diadakan bagi kesinambungan hayat produk kraf warisan yang diancam kepupusan.
Gambar-gambar program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan