Rabu, 10 Jun 2015

PROMOSI KRAF AIDILFITRI KEMBALI LAGI

Promosi Kraf Aidilfitri akan diadakan sekali lagi di negeri Sabah bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu bermula pada 25 Jun 2015 hingga 12 Julai 2015. Semua usahawan kraf seluruh negara, pengusaha makanan kering dan basah, pengusaha songkok, baju melayu dan baju kurung (buatan sendiri), kain samping tenun, keronsang, butang baju melayu dan aksesori diri adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai promosi ini. Sila berhubung Unit Pemasaran, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di talian 088 - 433461faks 088 - 424491.

Tiada ulasan: