Rabu, 1 Disember 2010

PENDIDIKAN DAN PROMOSI KRAF DI TENOM

Daerah Tenom dibuka secara rasminya pada tahun 1900, oleh pihak Inggeris melalui pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun, catatan sejarah dan kajian arkeologi menunjukkan Tenom diduduki sejak zaman pra sejarah lagi. Mulanya Tenom dinamakan "Tanam" yang memberi pengertian daerah subur. Tetapi berubah nama sempena dengan seorang pahlawan Murut bernama Antanom/Ontoros pada tahun 1915, sehingga kini daerah ini dinamakan Tenom. Majoriti penduduk adalah suku kaum Murut yang banyak mengamalkan adat dan kebudayaan tradisi dan hasil dari adat dan kebudayaan itu telah mewariskan kebudayaan dan hasil produk yang unik serta reka corak yang menggambarkan kehidupan masyarakat itu sendiri.

Pada 28/11/2010, Unit Pemuliharaan telah memperkenalkan produk tekstil Batik yang masih baru dikalangan masyarakat Tenom. Melalui Pendidikan Kraf Batik Canting telah membuka minda masyarakat Tenom bahawa hasil Batik sangat menarik pada pengamatan penduduk tempatan dan membuatkan program interaktif kraf yang diperkenalkan oleh pihak cawangan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Gambar-gambar aktiviti interaktif dan promosi kraf di Tenom.




PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

Promosi Kraf Malaysia 2010 Sabah telah diadakan di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu pada 23 Oktober 2010 sehingga 1 November 2010, seramai 70 usahawan kraf dari seluruh negara menyertai promosi kali ini. Promosi yang diadakan telah menarik minat penduduk-penduduk sekitar Kota Kinabalu yang datang untuk mendapatkan produk-produk kraf yang terdapat dalam promosi tersebut. Promosi ini juga diserikan dengan hiburan oleh persembahan kebudayaan negara, persembahan muzik tradisi Gambus dan Kulintangan dan hiburan pentas melalui konsert Gempita Kraf yang melibatkan artis tempatan negara seperti vokalis Sofaz dan Adi Wau disamping artis-artis tempatan Sabah. Sidang media sempena promosi kraf juga diadakan yang melibatkan Datuk Mayor Kota Kinabalu. Promosi yang diadakan diyakini menjadi pemangkin bagi usahawan kraf untuk menonjolkan produk kraf usahawan kepada masyarakat Malaysia di Sabah.

Gambar-gambar semasa Promosi Kraf Malaysia 2010.














Sambutan Raya PKKM Sabah

PKKM Sabah telah menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 30 Oktober 2010 yang lepas bertempat di Pusat Inkubator PKKM Sabah Kota Belud, sempena sambutan itu Pengurusan PKKM Sabah juga tidak lupa meraikan anak-anak yatim di daerah itu dan kesempatan juga diadakan penyampaian penghargaan sijil pelatih terbaik untuk latihan jangka pendek PKKM Sabah.  Sambutan raya ini diyakini dapat mengeratkan silaturahim dikalangan warga Kraftangan dan peluang beramah mesra di kalangan semua yang hadir semasa sambutan itu.





Gambar kenangan sambutan Hari Raya Aidilfitri