Jumaat, 8 Januari 2010

KOLEKSI KRAF GALERI WARISAN SABAH

Sabah yang didiami oleh lebih kurang 32 kaum etnik amat kaya dengan kebudayaan, kesenian dan produk kraf yang mewakili kaum-kaum etnik di Sabah. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengambil tindakan dengan membuat koleksi galeri warisan produk-produk kraf suku kaum di Sabah.



Sebahagian daripada koleksi galeri warisan yang terdapat di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

Koleksi kraf etnik Sabah dari bahan hasil rimba

Koleksi busana tradisi suku kaum di Sabah



Koleksi hasil rimba (kayu) produk alat muzik tradisi Sabah Biola Kota Belud, Gambus Bongawan dan produk replika perahu Lepa-Lepa Semporna, Sabah

Koleksi Tembikar tradisi Sabah, Lapohan dari Pulau Salakan, Semporna dan Kuron dari Kg. Melangkap Kapa, Kota Belud

KEMPEN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PENDIDIKAN SENI KRAF BATIK

Pihak sekolah juga boleh berperanan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, seperti mana tindakan yang dibuat oleh pihak SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu yang telah mengadakan Kempen Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar melalui Pendidikan Seni Kraf Batik yang telah diadakan pada 5 November 2009 bertempat di perkarangan sekolah tersebut.

Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah dijemput sebagai penganjur bersama dalam kempen tersebut dan bertindak sebagai pelaksana program Pendidikan Seni Kraf Batik. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah menyediakan tenaga pakar dalam pendidikan seni kraf Batik yang memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kempen berkenaan.



Gambar Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, pegawai-pegawai Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bersama AJK Kempen Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar melalui Pendidikan Seni Kraf Batik SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu












Kerja-kerja mencanting yang dibuat oleh peserta dalam program pendidikan seni kraf Batik.


Proses mewarna Batik dibawah pengawasan Encik Marjad Mohd Alam sebagai tenaga pengajar daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah


Hasil kerja pelajar-pelajar yang menyertai Program Pendidikan Seni Batik SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu


Gambar penyampaian cendera kenangan daripada Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah kepada pihak sekolah dan penyampaian cendera kenangan daripada Pengetua SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu kepada Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Khamis, 7 Januari 2010

KRISMAS RUMAH TERBUKA MALAYSIA 2009


Hiasan yang dibuat oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah semasa sambutan Krismas-Rumah Terbuka Malaysia 2009.


Hadiah cendera kenangan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Sabah


Gambar YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu kehormat dalam sambutan Krismas - Rumah Terbuka Malaysia 2009
Sabah sekali lagi menjadi tumpuan ramai, apabila dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan Krismas - Rumah Terbuka Malaysia 2009. Sambutan Krismas telah diadakan pada 29/12/2009 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Antara tetamu kehormat yang menghadiri sambutan Krismas itu adalah Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah, Dato' Sri Utama Rais Yatim Menteri KPKK, Menteri-menteri kabinet Sabah dan Ketua-ketua Majlis Gereja Malaysia dan Majlis Gereja Sabah.

Dalam sambutan Krismas ini Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah diberi penghormatan untuk menghiasi pentas utama sambutan dan penyediaan cendera kenangan. Unit R&D Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Encik Ag. Ismail Othman dan dibantu oleh anggota-anggota kerja yang lain telah bertungkus lumus membuat hiasan sambutan Krismas 2009 yang ternyata telah menceriakan sambutan dan mendapat pujian dari pihak penganjur sambutan Krismas 2009.

BENGKEL REKAAN KRAF PEMANGKIN PENGELUARAN PRODUK BERMUTU



Gambar menunjukkan Jamaan tekun menyiapkan produk kraf yang berasaskan anyaman.


Hasil produk peserta sepanjang Bengkel Rekaan Kraf - Reka Bentuk dan Pengeluaran Produk Anyaman


Majlis penutupan bengkel yang disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.
Peningkatan pengetahuan dalam rekaan dan pengeluaran kraf menjadi idaman setiap anggota kerja yang bernaung dibawah Kraftangan Malaysia. Peluang peningkatan rekaan dan pengeluaran produk kraf ini telah memberi peluang kepada salah seorang Pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Encik Jamaan Anjam untuk meningkatkan penghasilan rekaan dan pengeluaran kraf dengan kualiti yang tinggi. Beliau telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Rekaan Kraf - Reka Bentuk dan Pengeluaran Produk Anyaman yang telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak pada 12/12/2009 hingga 16/12/2009. Menurut beliau, peluang ini telah memberikan pengetahuan yang sangat bermakna kepada beliau dalam penghasilan rekaan, reka bentuk dan pengeluaran produk yang berasaskan anyaman. Bengkel yang diadakan juga adalah pemangkin bagi para pengusaha kraf dalam penghasilan produk yang mampu menembusi pasaran produk kraf di Malaysia.

Selasa, 5 Januari 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA - SABAH 2009


Lawatan YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah bersama Datuk Mayor Bandaraya Kota Kinabalu diiringi oleh Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah











YB Datuk berminat dengan hasil Tenunan Tradisi Sabah dan Pembuatan Gong di Sabah











Antara persembahan kebudayaan yang diadakan semasa Promosi Kraf Malaysia 2009

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melabuh tirai 2009 dengan penganjuran Promosi Kraf Malaysia - Sabah 2009 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 22 Oktober hingga 1 November 2009 bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Promosi Kraf kali ke empat ini menghimpun seramai 80 usahawan kraf yang terdiri daripada usahawan kraf Kelantan, Sarawak dan Sabah sendiri. Sepanjang promosi para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang terdapat di negara ini seperti Tarian Endang Negeri Sembilan, Tari Joget Malaysia, Inang Renek Perlis, Zapin Tenglu dan Zapin Samrah Johor, Bolywood Malaysia dan Tarian Monggol Malaysia oleh kumpulan Kesenian Tiara Tari Kota Kinabalu dan Kumpulan Tarian Budaya Maju pula menghiburkan pengunjung dengan tarian-tarian tradisi dari suku kaum di Sabah. Selain itu, persembahan Kulintangan, persembahan Gambus dan buat pertama kalinya orkestra Bambu diperkenalkan dalam promosi ini. Promosi ini merupakan salah satu promosi yang besar dengan himpunan pelbagai bidang kraf dari seluruh negara dan disajikan kepada segenap lapisan masyarakat di Sabah.

REGATTA LEPA 2009 SEMPORNA SABAH MENAMBAT HATI PENGUNJUNG.



Semporna yang dahulunya dikenali sebagai 'Tong Talun' amat sinonim dengan Perahu Lepa-Lepa. Dengan keunikan perahu ini yang dibuat penuh dengan corak ukir dan dahulunya tempat kediaman masyarakat Bajau Laut, telah menarik perhatian pihak kerajaan untuk menganjurkan Regatta Lepa dan ianya terus diadakan pada setiap tahun. Regatta ini menghimpun pelbagai jenis Lepa dan berbagai corak hias dan penuh dengan warna-warni akan memenuhi perairan pantai daerah Semporna yang akan dinilai dan dinobatkan sebagai Perahu Lepa Terbaik.

LAWATAN MANTAN PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA KE CAWANGAN SABAH PADA 26/5/2009






















Mantan Pengerusi Kraftangan Malaysia telah melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah pada 26/5/2009. Taklimat mengenai program dan pencapaian cawangan telah dibuat oleh Tuan Haji Mokhtar Bin Lop Ahmad selaku Pengarah cawangan ketika itu. Secara keseluruhan Pengerusi berpuas hati dengan pencapaian cawangan dan berharap pihak cawangan boleh meningkatkan pencapaian dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

AKTIVITI KSKKM SABAH


Kenduri Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh KSKKM Sabah


KSKKM Sabah meraikan anak-anak yatim dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri


Kenduri Durian semasa musim Durian di Sabah oleh KSKKM Sabah



Majlis Perpisahan Anggota Kerja Encik Ayib Mardui yang telah memilih persaraan pilihan


Majlis Sambutan Hari Jadi Anggota Kerja PKKM Sabah yang diraikan sekali dalam 3 bulan oleh KSKKM Sabah


Anggota unit R&D bersama mantan Pengarah PKKM Sabah


Anggota unit PPD bersama mantan Pengarah PKKM Sabah


Semua anggota kerja PKKM Sabah bersama mantan Pengarah PKKM Sabah Encik Yusak Mahamud dalam Majlis Perpisahan pada 26 Mei 2008 di Gayang Seafood Restoran.