SMK Kudat yang terletak di utara negeri Sabah telah mengadakan program khusus mengenai kraf dengan mengadakan program ceramah kerjaya dan pendidikan kraf khasnya dalam industri kraf Malaysia pada 16 Jun 2015 bertempat di dewan terbuka Seri Aminah Arif, SMK Kudat. Ceramah mengenai Institut Kraf Negara (IKN) telah disampaikan oleh Encik Mohammad Mokthar Penolong Pengarah Unit Pemasaran dan Pemuliharaan Kraf di Sabah. Program dan aktiviti Pemuliharaan Kraf diselaraskan oleh Puan Zamhuriah Mohd. Fadzil. Terdahulu, satu aktiviti pendidikan kraf melibatkan bidang Batik, Anyaman Buluh dan Anyaman Rotan telah diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah mengenai pembuatan produk kraf tempatan. Kebanyakan pelajar yang terlibat menunjukkan minat terhadap produk kraf yang diajarkan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan