Selasa, 23 Jun 2015

CERAMAH KERJAYA DAN PENDIDIKAN KRAF

SMK Kudat yang terletak di utara negeri Sabah telah mengadakan program khusus mengenai kraf dengan mengadakan program ceramah kerjaya dan pendidikan kraf khasnya dalam industri kraf Malaysia pada 16 Jun 2015 bertempat di dewan terbuka Seri Aminah Arif, SMK Kudat. Ceramah mengenai Institut Kraf Negara (IKN) telah disampaikan oleh Encik Mohammad Mokthar Penolong Pengarah Unit Pemasaran dan Pemuliharaan Kraf di Sabah. Program dan aktiviti Pemuliharaan Kraf diselaraskan oleh Puan Zamhuriah Mohd. Fadzil. Terdahulu, satu aktiviti pendidikan kraf melibatkan bidang Batik, Anyaman Buluh dan Anyaman Rotan telah diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah mengenai pembuatan produk kraf tempatan. Kebanyakan pelajar yang terlibat menunjukkan minat terhadap produk kraf yang diajarkan kepada mereka.
 
 
 
 
 

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 SURIA SABAH, KOTA KINABALU

Bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan 2015 di Sabah. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 pada 16 Mei 2015 hingga 1 Jun 2015 bertempat di pusat beli belah Suria Sabah Kota Kinabalu. Pelbagai produk kraf diperagakan dan dijual oleh usahawan bagi kegunaan sambutan Kaamatan tahun ini. Disamping jualan kraf turut diadakan pertandingan yang berkaitan dengan sambutan Kaamatan iaitu 'Sugandoi' yang berupa pertandingan seni suara dengan menyanyikan lagu-lagu tempatan khususnya lagu-lagu KDM Sabah.

Buat julung kalinya diadakan pertandingan 'Unduk Ngadau' satu acara peragaan fesyen pakaian tradisi suku kaum di Sabah bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun. Artis-artis tempatan Sabah yang terdiri dari S Welly, Esther Clement Tubong. Rubisa AF7 serta ramai lagi artis juga turut menghiburkan pengunjung dalam mini konsert Gempita Kraf yang diadakan. Sementara itu sidang media pula dijayakan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.




 
Biar gambar bicara...

 
 
Sidang Media PKM 2015 Suria Sabah oleh DSP Masidi Manjun
 
 
 
 
Acara pentas yang diadakan
 
 
 
 
 
 
 
Produk usahawan yang dijual semasa PKM 2015 Suria Sabah


PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 LINTASAN DEASOKA KOTA KINABALU

Promosi Kraf Malaysia 2015 Lintasan Deasoka Kota Kinabalu, Sabah telah diadakan pada 23 April 2015 hingga 4 Mei 2015. Promosi kali ini menghimpun usahawan-usahawan kraf dari seluruh negara dengan memperaga dan menjual hasil produk kraf masing-masing. Selain promosi produk kraf, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antara lain adalah persembahan kebudayaan tradisi Sabah, persembahan muzik tradisi Gambus, Kulintangan dan muzik bambu. Pencarian Kraf Idol Deasoka turut diadakan. Promosi kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Kota Kinabalu.

Biar gambar bicara...



Sidang Media PKM 2015 Lintasan Deasoka oleh Datuk Mayor
 


 

Persembahan Kebudayaan Dan Hiburan Artis Sabah
 






 



 
Usahawan Kraf Mengikut Bidang Masing-Masing
 


Rabu, 10 Jun 2015

PROMOSI KRAF AIDILFITRI KEMBALI LAGI

Promosi Kraf Aidilfitri akan diadakan sekali lagi di negeri Sabah bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu bermula pada 25 Jun 2015 hingga 12 Julai 2015. Semua usahawan kraf seluruh negara, pengusaha makanan kering dan basah, pengusaha songkok, baju melayu dan baju kurung (buatan sendiri), kain samping tenun, keronsang, butang baju melayu dan aksesori diri adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai promosi ini. Sila berhubung Unit Pemasaran, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di talian 088 - 433461faks 088 - 424491.

DETIK CEMAS MELANDA SABAH

Tanggal 5 Jun 2015 adalah tanggal yang tidak boleh dilupakan oleh seluruh rakyat Sabah. Lebih kurang pukul 7.15 pagi bersamaan dengan hari Jumaat, saya tengah bersiap hendak ke pejabat, tiba-tiba seluruh rumah bergoyang selama 3 - 5 saat. Kebanyakan penduduk perumahan keluar dari rumah dalam keadaan yang cemas. Hampir seluruh daerah di Sabah merasai gegaran itu. Ranau mengalami gegaran yang teruk dan yang mengejutkan Gunung Kinabalu sebagai tapak warisan dunia mengalami keruntuhan yang teruk dan mengakibatkan semua aktiviti yang berkaitan dengan gunung turut terjejas.
 
Pada masa gegaran terjadi sedang berlaku aktiviti gunung, dimana lebih kurang seramai 137 pendaki sedang berada di gunung Kinabalu, jumlah ini belum termasuk para malim gunung yang menjalankan tugas mereka pada masa itu. Semasa gegaran berlaku ada segelintir pendaki yang sudah memulakan perjalanan menuruni gunung dan ada diantara mereka terkorban kerana keruntuhan batu-batu dari gunung. Pendaki yang masih berada di puncak gunung menjadi gusar untuk menuruni gunung dalam keadaan laluan penurunan yang rosak. Nyawa mereka terancam. Mari kita baca bersama cerita dari seorang pendaki yang terselamat kerana keberanian dan tanggung jawab besar yang ditunjukkan oleh para malim gunung sebagai wira yang tidak didendang.



Pengalaman Ngeri Pendaki Gunung Kinabalu Semasa Gempa | Kisah ini diceritakan oleh seorang pendaki di gunung Kinabalu bernama Alif Asmara yang mengalami sendiri gempa bumi semasa aktiviti pendakian. Beliau juga menceritakan sendiri detik cemas semasa berlaku gempa di puncak Gunung Kinabalu dan bagaimana malim gunung dan pihak berkuasa berusaha mengelamatkan mangsa.

 

Tulisan kebanyakan dalam singkatan tetapi masih boleh difahami.

kmi smpai d puncak dlm pkul 6 lebih mcm tu sbb matahari timbul sudah...smpai d puncak kami bergambar2. tu guide ckp, bila smoai d atas kmu boleh ambil gmbar tp xboleh lama sbb matahari naik sda..tp kami acuh ndak acuh bha dgn tu arahan guide sbb kami bilang ni peluang tuk brgambar d atas gunung kinabalu bukan senang maw dpt..apa salahnya kita ambik masa sikit tuk bgambarkan? jd kami lambat2 ni...kbnyakan yg berada d puncak sudah mula bergerak turun..tp kami sekumpulan 20 org msi lg bergambar2..kmi bergambar d sana yg bentuk batu dalam duit satu ringgit tu..d sna kami bergambar lama...siap lompat2 lg..

..lepas sy brhnti rakam tu, kmi smpt brgmbar2 lg...time tgh brgmbar tu terus kmi dgr satu bunyi seperti bunyi hon kapal laut.lepas bunyi tu, tu gunung bergegar...pertama skali yg trlintas d kepala sy, tu gunung runtuh o...gegarannya kuat, sgt2 kuat smpaikn batu2 d keliling sy dlm video tu berjatuhan...sy ingat sy akan mati sda time tu...sy dgr suara org2 berteriak..melaungkan kalimah Allahuakbar!!!

.. gegaran tu sungguh kuat..keadaan kami time tu sgt huru hara..ramai yg panik..ada yg maw pengsan, semuanya sgt mnyeramkan

.. semuanya berlalu dgn pantas..😖

.. sy smpt lihat tu batu jatuh luruh kebawah tmpat laluan pendaki naik dan turun..huhuhu

.. dlm fikiran trlintas, mna sy maw lari ni? dpt ka lg sy jumpa kedua ibu bapa sy? apa perlu sy buat? besar o tu batu, serius...ada batu yg saiznya mcm kereta 4w

.. dlm beberapa saat gempa tu trjadi, kami tepaku kejap, sbb kmi trkejut tgok batu2 d atas tu runtuh..smua tgok batu tu jatuh mngalir mcm air ..

.. lepas ja tu gunung brhnti bggr trus kami berabis ni lari turun..tp kmi cuba d tenangkan oleh guide...durang suruh kami xpyh lari..dia suruh bertenang sbb ykut batu berjatuhan lg...jantung sy macam maw meletup ...mcm2 d pikir..smpai stu tahap yg sy trpikir tu gunung maw meletup sda...

... tu guide yg ada sma kami suruh kami berkumpul..dia bilang jgn turun sbb batu td tu sda sapu habis jalan d bawah dgn org2 sekali

.. smuanya berlaku dgn laju ...yg smpt sya tgok tu jalan sda lain bntuknya, org yg turun smua hilang, cuma ada serpihan batu dan tanah ja yg dpt d tgok dr jauh..

.. lama kami ddk d atas, sbb durang ckp ada gelombang kedua lg akan mnyusul pukul 9...punya kami risau..ada smpai yg baca yassin d atas time tu...mulut ni x berhnti beristigfar merisaukan ttg apa yg akan berlaku pd kami strusnya..huhuhu

... beberapa kli kami bergerak naik semula p atas..kmi menunggu hmpir 9 jam o d sana untuk dotkan bantuan..pertama tu guide dpt panggialan dr org d bawah yg kmi akan d bawa turun pakai heli. punya kami lega dgr durang ckp mcm tu...kira mcm selamat sikitla. tp tunggu punya tuggu xda sati heli pun yg naik ambik kami

.. durang ckp, heli lambat sbb dtg jauh dr kl...jd kami pun brsabarla..sbb kami faham jg kl bukan dkt...jd kmi terus menunggu la...lepas tu durang bgtau lg yg semua heli da sampai d bawah, cuma perlu tunggu kabus tebal hilang sbb durang risau heli ndak nampak keadaan d atas. jd kami pun fahamla...kami tggu lagi smpai kabus hilang...law x silp dlm pkul 3 tu kabus hilang...cuaca sngat bersih, smpai kmi boleh nampak lg smua rumah2 d bawah tu...tp tu heli ndak naik lg ambik kami, durang bg alasan yg heli p isi minyak d kk...punya kami kecewa...dorang bagi kami haraoan tp dorang x sungguh2 bha maw bantu kami d atas.

.. sudahla kami semua kecewa, trus tiba2 dpt arahan dr org d bawah yg dorang suruh kami tggu dlu d atas..bermalam sbb xdpt naik hari ni...nt durang bekal selimut dn makanan, punya la kami sedih..kecewa marah pun ada..nyawa kami mcm xpnting o...durang buat kerja sgt lembab..serius..tu guide pun x dpt bersabar sda..sbb smua yg d janji oleh org d bawah tu..pihak berkuasa tu smua xbetul..huhuhu durang guide tu duduk berbincang smntara kami smua baring d atas tu sbb kepenatan kelaparan..tu guide p jumpa kami dorang bilang, kita kna buat kputusan skrg

... mna kamu maw, mati kesejukan d atas puncak sini ka atau kita cuba berusaha sndiri untuk turun. lebih baik kita mati dgn mncuba tnpa buat pa2 dia bilang..sy mnitiskn air mata time dgr dia ckp mcm tu..sy tau mmg tipis harapan tuk selamat

.. tp durang guide mmg sgt tabah o..serius, dorang bnyak bantu kuatkan smgt kami...

... durang turun p kc bagus tu semua tali yg putus2..ada 30 lebih guide time tu...kmi d suruh buat satu barisan panjang ikut kumpulan lepas tu guide kawal dr smua bhagian..kmi turun guna tali yg durang pasang ja..mna da tu peralatan canggih yg kita guna time buat flying fox...teda...kami smua guna tali sahaja..itu ja alat yg kami guna tuk turun...

.. sblum turun tu, drng guide ckp, kmu smua kna kuat ar...mental kna kual, sbb jalan yg kita guna tuk turun ni kawasan runtuhan jd bnyak mayat..dorang ckp, apa pun yg ada d bawah tu, kmu tgok sedja..jgn tegur tau kacau pa2, ambik gmbar pun xdkasi benar...

.. sejam kmi turun tu, mmg tuhan sja yg tau keadaan kawasan runtuhan tu mcm mna...mayat manusia tu jelas trdamosr d depan mata sya o..huhu itu la ongalaman prtama sy nampak situasi mnyeramkan mcm tu

.. ada serpihan kaki..ada darah d batu2.. mayat yg terbaring d tepi laluan kami pun ada...huhuhu

.. lebih kurnng 4 jam kami berusaha tuk turun..dlm orjalanan turun tu bru dtg heli hantar makanan..durang buang ja dr atas, durang ingat kmi dot ambik ka smbil berpaut pada tali? huhu dlam pkul 6.50 mcm tu kmi smpai laban rata

kmi p ambik barang d laban rata, lepas tu terus kami smbung perjalanan turun..sonjang usaha kami turun dr ouncak smpai laban rata, seorang pnguatkuasa pun xda yg sy lihat mmbntu...smua guide...

betul2 tu guide yg buat smua... kmi jumpa jpam dgn tentera 2 km law sy x silao jaraknya sbelum smoai d pntu masuk d bawah tu tmpat sy mula2 bergmbar pakai baju oren.

tu askar, bomba, kbnyakan dorang mnunggu d bawah dgn memegang hp smbil merakam kami..huhu bikin kcewa o

bukanya durang cuba tolong kmi yg kepenatan..ada yg bertpuk tgn lg o..sy ingat lg tu...waktu smpi d bawah, tu bomba tpouk tgn..dia ingat ni marathon kali..huhuhu

kmi smpi d bawah pkul 12 lbih..smpai ja trus d bawah p medical chek up.lps tu kmi p makan sndiri d kantin tu kinabalu park...lepas tu kna temu rama sikit, dan terus kami balek ikut keluarga masing2..sblum sy balik, sy smpat jumpa c billy d bawah..sy trkejut ...tiba2 ada org pnggil sy, sy tguk c billy...dia peluk sya ..dia ckp, jo kaw naik jg ka? huhuhi syukur kaw selamat...terus sy tnya dia, knp kaw d sni? dia bilang, sy tggu abg sy ...abg sy d atas kerja sbg guide..huhu...

sy cerita smpai situ ja la..sbb smbungan kisah abg c billy smua da tau kan...kita doakan yg terbaik ja untuk mangsa dan keluarga mereka..

pngalaman ni sgguh berat dan sgt menakutkan

P/S - Sebagai bahan bacaan sahaja tidak bertujuan menyalahkan mana-mana pihak.