Jumaat, 20 Ogos 2010

Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang

Upacara melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan milik Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah oleh Yang Berbahagia Dato' Muhammad Hatta Bin Ab. Aziz, Setiausaha Persekutuan Sabah pada 10 Ogos 2010 semasa Kempen Mengibar Jalur Gemilang bertempat di Wisma Dang Bandang, Jabatan Penerangan Negeri Sabah. Pengarah PKKM Cawangan Sabah Encik Mohd Latif Bin Dirun turut menyaksikan upacara tersebut. 

TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN HAJAH RAMIAH BINTI ABDULLAH, ADIGURU TENUN DASTAR

Dengan penuh takzim, pihak Pengurusan dan seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Ogos 2010. Kami menganggap pemergian beliau ini sebagai satu kehilangan yang amat besar terhadap industri Kraftangan Malaysia, khasnya bagi industri kraftangan di Sabah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarhamah dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al Fatihah ke atas roh Allahyarhamah.

Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah memberikan sumbangan terakhir beliau sebagai demonstrator Tenun Dastar semasa Perasmian Wisma Wanita Sabah pada
18 Julai 2010 yang lepas.

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Kepada semua warga Kraftangan Malaysia dan semua pengunjung blog

"Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menunaikan ibadah puasa... semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan"


Daripada:
Pengurusan dan semua warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

"Budi Bahasa Budaya Kita"

Kronologi Penubuhan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

Oleh : Lawrence Kintau - Unit Pemuliharaan Kraf

Bangunan ala minang yang menempatkan Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud adalah tempat bermulanya sejarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada tahun 1986.

SEJARAH
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bermula di daerah Kota Belud, dimana pada 1977 kewujudan Pusat Latihan Kraftangan di daerah itu diletakkan dibawah SEDCO (Sabah Economic Development Corporation). Pusat Latihan tersebut memfokuskan bidang Tenunan Tradisi Sabah, Anyaman Pandan dan Pembuatan Tikar Lampit Rotan sebagai bidang utama dan pelatih-pelatih yang menyertai latihan di tempat itu datangnya dari berbagai daerah di Sabah.

Pada tahun 1978 Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud telah bertukar pengurusan kepada Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM). Semasa dalam pengurusan LKM, Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud masih mengekalkan bidang kraf yang sediaada dan ditambah dengan beberapa daerah yang mengendalikan latihan kraftangan seperti daerah Semporna latihan bidang kayu kraf, daerah Keningau mengendalikan latihan anyaman rotan dan daerah Tambunan mengendalikan latihan anyaman buluh. Akhirnya pada 1 Oktober 1979 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ditubuhkan di bawah akta 222 dan bermula dari situ Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud membuat pemusatan latihan di Kota Belud untuk bidang tenunan, kayu dan rotan. Latihan bidang buluh dikendalikan di Putatan dan latihan buluh akhirnya disatukan dibawah satu bumbung di Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud.

Pada tahun 1986 telah terjadi kebakaran yang memusnahkan Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud dan aktiviti latihan telah terhenti dan pengurusan aktiviti di Kota Belud ditempatkan di Sembulan Kota Kinabalu dan mengendalikan aktiviti latihan untuk bidang tenunan dan anyaman. Aktiviti latihan terhenti sepenuhnya apabila latihan kemahiran dipusatkan di Institut Kemahiran Negara (IKN) di Rawang Selangor.
Lawatan TYT Sabah Tun Adnan Robert diiringi oleh Encik Mohd Yakin Momin yang pernah menjadi pentadbir pertama Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud sewaktu dibawah pentadbiran SEDCO.

PENTADBIRAN

Semasa dibawah pentadbiran SEDCO tahun 1977 aktiviti Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud. Bidang latihan Tenunan dikendalikan oleh Cik Kayang Bidan, Puan Sarimah Samad dan Puan Imbas Akong, bidang anyaman pandan dikendalikan oleh Puan Sinti dan latihan tikar lampit rotan dikendalikan oleh puan Rose Latiang Limbondok, kesemua mereka bertindak sebagai jurulatih dan diawasi oleh pengurus pusat Encik Mohd Yakin Momin. Setelah Pusat Latihan Kraftangan beralih pengurusan ke Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1978, lembaga ini telah ditadbir oleh Datu Jack Maik sebagai pengurus lembaga dan latihan di Kota Belud menambah seorang lagi tenaga pengajar Puan Normah Ismail dari Kelantan dan mengekalkan tenaga pengajar yang sediada. Latihan rotan di Keningau dikendalikan oleh Encik Bakri Harun, Latihan kayu di Semporna menggunakan tenaga pakar luar dari Indonesia Encik Gunawan Sinom (Semarang) dan Encik I Ketut Mandiyasa (Bali) sebagai jurulatih dan bahagian buluh dikendalikan oleh Encik Badrul Sham Mustafa dan Encik Amiruddin Borhan sebagai Jurulatih. Pengurus Lembaga Kraftangan Malaysia Datu Jack Maik telah digantikan oleh Encik Johari Yusof pada tahun 1979 sehingga penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui akta 222, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di tadbir oleh beberapa orang pengarah bermula dengan Encik Abdul Aziz Bin Abdul Rahman tahun 1980 dan Pengurus Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud ketika itu Encik Noor Ismail Bin Mohd Som, Encik Kamalruzaman Mera Husin menjadi pengarah cawangan Sabah tahun 1985, Encik Mohd Suhlime Idrus pada tahun 1989, Encik Yusof Hassan tahun 1992, Encik Mohammad Ali Haji Mad Jais tahun 1998, Encik Zainal Abidin Che Pa tahun 2000, Encik Yusak Haji Mahamud tahun 2006, Haji Mokhtar Lop Ahmad pada tahun 2008 dan kini Cawangan Sabah diterajui oleh Encik Mohd Latif Dirun yang mula bertugas pada tahun 2009 dan cawangan Sabah meneruskan aktiviti sebagai peneraju kraf Negara.