Rabu, 7 April 2010

Pesta Kalimaran 2010 Perkukuh Gagasan 1 Malaysia

Tenom adalah sebuah pekan yang terletak di kawasan pedalaman negeri Sabah, majoriti penduduknya terdiri dari suku etnik Murut yang mendiami dari kawasan pekan sehingga ke kemabong dan Ulu Tomani. Pusat Kebudayaan Murut di Kampong Polong, Tenom menjadi tapak Pesta Kalimaran setiap tahun, perayaan ini menghimpun semua sub ethnik Murut untuk merayakan pesta kebudayaan suku kaum ini. Pesta Kalimaran 2010 sekali lagi menghimpun semua sub ethnik Murut dalam merayakan hari besar kaum ini, kaum lain yang terdapat di negara ini juga tidak ketinggalan untuk turut sama menyaksikan dan merayakan Pesta Kalimaran 2010. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Pesta Kalimaran yang berlangsung selama 3 hari.

Bersempena dengan Pesta Kalimaran 2010, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bertindak menghimpun usahawan kraf untuk terlibat dalam mempromosikan produk keluaran masing-masing, disamping promosi dan jualan kraftangan, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah juga mengadakan program Pendidikan Kraf dan Interaktif Kraf dalam bidang kraf Batik Canting, Ukiran Kayu dan Pembuatan Seramik.

Promosi jualan produk kraftangan telah menghimpun seramai 15 usahawan kraf terlibat dalam promosi jualan kraf hasil rimba, logam dan aksesori dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM42,177.85 untuk 3 hari. Sementara itu program pendidikan kraf telah disertai oleh 3 buah sekolah dari daerah Tenom yang terdiri daripada SMK Tenom, SMK Kemabong dan SMK Chung Hwa, Penyertaan program pendidikan juga disertai oleh 2 buah sekolah dari daerah Keningau iaitu SMK Keningau II dan SMK Gunsanad II Keningau. Sepanjang pesta berlangsung amat jelas kelihatan persefahaman dikalangan pengunjung untuk merayakan bersama pesta ini, walaupun terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, budaya dan tradisi tetapi dapat memperlihatkan gagasan 1 Malaysia yang jitu telah wujud melalui sambutan perayaan seperti ini.

Gambar-gambar semasa Pesta Kalimaran 2010 pada 2 - 4/4/2010 di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Gambar Majlis Persamian Pesta Kalimaran 2010 oleh YB Datuk Masidi Manjun Menteri di Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah.










Gambar Program Pendidikan dan interaktif kraf yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melibatkan bidang Batik, Ukiran kayu dan Seramik.

Gambar-gambar promosi jualan usahawan kraf yang menyertai promosi jualan kraf Pesta Kalimaran 2010