Isnin, 30 Jun 2014

KARNIVAL PKS / SDSI PERINGKAT NEGERI SABAH 2014

Karnival Perusahaan kecil dan Sederhana SDSI peringkat negeri Sabah telah diadakan pada 25 hingga 28 Jun 2014 bertempat di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu. Karnival ini turut disertai oleh seramai 52 orang usahawan kraf Sabah yang terdiri daripada usahawan kraf Tekstil-Batik, Hasil Rimba, Aksesori Aneka Kraf dan Logam-Parang. Kebanyakan usahawan yang menyertai karnival ini berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini, ianya dianjurkan dengan beberapa perubahan dengan mengadakan beberapa acara hiburan untuk menarik ramai pengunjung ke karnival yang diadakan. Penganjuran seumpama ini telah menarik ramai pengunjung dan telah membantu meningkatkan pendapatan usahawan sepanjang karnival tersebut berlangsung.
 
Gambar-gambar Karnival PKS/SDSI Peringkat negeri Sabah 2014.