Jumaat, 30 Julai 2010
Selasa, 27 Julai 2010
GALERI WANITA TONJOLKAN KEUNGGULAN PEREKA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Galeri wanita tonjolkan keunggulan pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah semasa majlis Perasmian Wisma Wanita Sabah yang disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia pada 18 Julai 2010. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mencorakkan galeri wanita tersebut. Dengan kepakaran Encik Ag. Ismail Othman selaku ketua unit R&D dengan bantuan pereka-pereka dan atas nasihat Pengarah cawangan telah berjaya mencorakkan galeri tersebut menjadi galeri yang mendapat pujian oleh Perdana Menteri sendiri dan mengagumkan para pemimpin-pemimpin negeri semasa lawatan dan pelancaran Galeri Wanita tersebut.
Semasa perasmian berlangsung pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah juga turut mengadakan demonstrasi kraf tenunan tradisi Sabah yang dijayakan oleh empat orang Adiguru Kraf Sabah dan turut mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin dan orang ramai yang datang menyaksikan pakar tenun kain tradisi Sabah memperlihatkan kepakaran mereka.
Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor menandatangani buku pelawat Galeria@ WW |
Galeria @ WW |
Adiguru Kraf Sabah yang terlibat mempamerkan kepakaran masing-masing melalui demonstrasi tenun
BATIK CANTING TARIK MINAT PELAJAR PULAU BANGGI, KUDAT
Bersempena dengan pelancaran komputer 1Malaysia pada 14 – 15/7/2010 di dewan terbuka Karakit, Pulau Banggi, Kudat oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah turut dijemput untuk mengadakan promosi jualan dan pendidikan kraf. Batik Canting telah dipilih untuk didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah di pulau tersebut. Program pendidikan kraf yang julung-julung kalinya diadakan di pulau tersebut telah menarik minat seramai 150 orang pelajar dan orang ramai untuk mencoba bakat dalam kerja-kerja melukis, mencanting dan mewarnakan batik.
Ketibaan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim di jeti Karakit, Pulu Banggi, Kudat
Program Pendidikan Kraf Batik Canting
Rabu, 14 Julai 2010
HARI BERTEMU PELANGGAN PKKM CAWANGAN SABAH
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di premis Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di Inanam pada 12 Julai 2010. Program hari Bertemu Pelanggan diadakan serentak diperingkat ibu pejabat dan cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia seluruh Negara. Program ini telah berjaya mewujudkan peluang kepada semua usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf sebagai pelanggan Kraftangan Malaysia untuk bersemuka secara terus dengan pihak pengurusan cawangan dan juga menjadi saluran bagi penyelesaian masalah pelanggan dan menangani pengaduan awam secara terus dengan mengamalkan konsep mesra pelanggan.
Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah cawangan, Encik Mohd Latif Dirun kepada lebih 80 orang yang terdiri dari usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf di Sabah. Terdahulu, pihak KSKKM Cawangan Sabah yang diterajui oleh Encik Ag. Ismail Othman telah membahagi-bahagikan baju batik 1 Malaysia kepada semua anggota kerja cawangan untuk dipakai semasa Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan. Hari Bertemu Pelanggan atau sehari bersama pelanggan peringkat cawangan telah mengadakan beberapa pengisian aktiviti seperti kaunter-kaunter khidmat pelanggan, kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan cawangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh anggota-anggota kerja cawangan, aktiviti hiburan pelanggan melalui petikan Gambus dan gesekan Biola, aktiviti menderma darah dengan kerjasama Tabung darah Hospital Likas, Kota Kinabalu, promosi internet celcom untuk pelanggan, promosi jualan kraf dan aktiviti interaktif kraf bidang Seramik yang melibatkan pelanggan. Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah diyakini dapat mengeratkan hubungan kerjasama yang jitu diantara pelanggan dan pihak perbadanan bagi pembangunan industri kraf di Sabah.
gambar-gambar sepanjang Program Hari Bertemu Pelanggan.
Penyampaian Batik 1 Malaysia kepada anggota kerja cawangan oleh KSKKM Sabah
Taklimat kepada usahawan oleh Pengarah cawangan
Pelanggan Kraftangan Malaysia terdiri dari usahawan dan peniaga kraf
Pelanggan Kraftangan Malaysia terdiri dari usahawan dan peniaga kraf
Kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan dan aktiviti hiburan pelanggan dengan muzik tradisi
Aktiviti derma darah oleh anggota kerja dan usahawan
Aktiviti promosi jualan kraf dan promosi oleh pihak Celom
Khamis, 8 Julai 2010
SAMBUTAN HARI JADI ANGGOTA KERJA
Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan sambutan Hari Jadi untuk anggota-anggota kerja cawangan pada 5 Julai 2010. Antara yang diraikan termasuklah Pengarah cawangan Encik Mohd Latif Dirun dan ketua-ketua unit di cawangan. Sambutan seumpama ini jelas dapat mengeratkan silaturahim di antara semua anggota kerja, pegawai-pegawai cawangan dan pengarah, sambutan ini juga lebih merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga kerja PKKM Sabah.
Gambar-gambar kenangan sambutan hari jadi.
Gambar-gambar kenangan sambutan hari jadi.
Khamis, 1 Julai 2010
BENGKEL PENGADUAN AWAM
Bengkel Pengaduan Awam telah diadakan pada 17 Jun 2010 bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Pegawai-pegawai daripada Bahagian Komunikasi Korporat Encik Manan Ismail dengan Cik Asma Ali Asak telah mengendalikan bengkel tersebut yang disertai oleh seramai 28 orang anggota cawangan Sabah. Encik Georgie Abas, pengarah Jabatan Pengaduan Awam Sabah turut memberi ceramah dalam bengkel tersebut. Bengkel sehari itu telah memberi faedah kepada semua anggota dalam menangani aduan-aduan yang diterima dan mengikut saluran yang betul, anggota kerja juga mengambil serius terhadap ceramah yang disampaikan.
Gambar-gambar semasa bengkel.
Gambar-gambar semasa bengkel.
Langgan:
Catatan (Atom)