Selasa, 12 Julai 2011

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2011 – KRAF MENJANA EKONOMI

Akhbar Utusan Borneo - 6 Julai 2011
Pada 25 Jun 2011 hingga 4 Julai 2011 bertempat di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat bandaraya Kota Kinabalu apabila para pengusaha kraf dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor dan Terengganu berhimpun dibawah satu bumbung Promosi Kraf Malaysia 2011 di Sabah, bagi menghidangkan keunikan dan keindahan produk-produk kraf untuk memenuhi selera pengemar-pengemar kraf di Sabah.

Promosi Kraf Malaysia 2011 bertemakan “Kraf Menjana Ekonomi” mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh masyarakat bandaraya Kota Kinabalu dan juga masyarakat dari daerah-daerah yang berdekatan dengan Kota Kinabalu. Sepanjang promosi berlangsung para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dan hiburan pentas yang dijayakan oleh para persatuan kebudayaan dan juga artis-artis negeri Sabah. Selain dari itu promosi kali ini juga mencatat sejarah apabila Unit Pemuliharaan cawangan telah mengadakan Hari Pendidikan Seni dalam skala yang besar pada 2 Julai 2011 (Sabtu) yang menghimpunkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa untuk mengadakan aktiviti kraf. Bagi menambahkan meriahnya promosi kali ini, beberapa jenis sukan rakyat seperti menyumpit, congkak dan dam haji turut diadakan.

Semasa promosi berlangsung sidang media juga turut diadakan yang melibatkan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan ketua-ketua jabatan dibawah KPKK di Sabah dan beberapa ketua jabatan kerajaan negeri yang berkaitan. Promosi kali ini mendapat respon yang baik dari para pengunjung, walaupun hujan lebat melanda bandaraya Kota Kinabalu tetapi orang ramai tetap berkunjung untuk membeli produk-produk kraf yang dijual sepanjang promosi kraf berlangsung, perkara ini dapat dilihat apabila hasil jualan sepanjang promosi berlangsung telah berjaya melebihi sasaran jualan yang disasarkan.

Lawatan TKP Kraftangan Malaysia dan Datuk Bandar Kota Kinabalu




















Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Demonstrasi Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Peragaan Fesyen Batik Kanak-Kanak Promosi Kraf Malaysia 2011











Aktiviti Sukan Rakyat promosi Kraf Malaysia 2011










Persembahan Kebudayaan Promosi Kraf Malaysia 2011
















Mini Konsert Gempita Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011

























Isnin, 11 Julai 2011

HARI PENDIDIKAN SENI DISAMBUT MERIAH

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melalui Unit Pemuliharaan telah berjaya mengadakan Hari Pendidikan Seni dalam skala yang besar dimana melibatkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa. Hari pendidikan seni ini diadakan bersempena dengan Promosi Kraf Malaysia 2011 di Sabah dan telah menambah kemeriahan promosi tersebut. Hari pendidikan seni yang diadakan meliputi beberapa bidang seni seperti bidang kraf  Batik, Sulaman Manik dan Anyaman, turut diadakan adalah bengkel seni tari yang dikendalikan oleh JKKN Sabah dan bengkel seni lukis yang dikendalikan oleh Muzium Sabah. Pelajar sekolah rendah juga tidak dilupakan dan aktiviti mewarna lukisan batik diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah.

Hari pendidikan seni ini telah disertai oleh pelajar sekolah dari SM St. John Tuaran, SMK Kelombong, SMK Pulau Gaya, SMK Limauan. Penyertaan dari persatuan terdiri dari PERKEP Sabah, PERSIMA Sabah, KEMAS Putatan. Penyertaan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Kota Kinabalu, IPG kampus Kent Tuaran dan turut disertai oleh Komuniti Satu Malaysia (K1M) dan Kelab Setia K1M bandaraya Kota Kinabalu. Hari pendidikan seni yang bertemakan “Keindahan Seni – Sehari Bersama Pelajar dan Masyarakat” telah laksanakan dengan jaya dan mendapat kerjasama yang padu dari golongan masyarakat yang menyertai Hari Pendidikan Seni ini.

Gambar Hari Pendidikan Seni 2011

















Aktiviti Pendidikan Kraf Batik Canting

Aktiviti Pendidikan Kraf Sulaman Manik

Aktiviti Pendidikan Kraf Anyaman

Aktiviti Bengkel Seni Lukis

Aktiviti Bengkel Seni Lukis

Aktiviti Mewarna Batik Kanak-Kanak

Penyampaian Penghargaan Untuk Kominiti 1 Malaysia

Selasa, 14 Jun 2011

KRAFTANGAN MALAYSIA TURUT MENJAYAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA:TADAU KAAMATAN 2011

Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Tadau Kaamatan 2011 telah diadakan pada 11 Jun 2011, perayaan ini disambut meriah antara pemimpin-pemimpin dan segenap lapisan masyarakat yang membanjiri padang Merdeka dimana sambutan diadakan. Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan serta dibantu oleh pereka dari ibu pejabat diberi kepercayaan penuh untuk menghiasi pentas utama sambutan. Pihak Kraftangan Malaysia juga diberi penghormatan untuk menyediakan cenderahati untuk para kenamaan semasa berlangsungnya MTRM:Tadau Kaamatan 2011 di Sabah.

Berikut adalah kerja-kerja persiapan dan semasa acara berlangsung yang diabadikan dalam bentuk gambar.

1. Keadaan pentas utama sebelum hiasan dibuat.



2. Semasa persiapan dan keadaan pentas yang siap dihias
3. Pentas utama yang telah siap dihias
4. Persiapan cenderahati untuk tetamu kenamaan

Ketua Pengarah menerangkan mengenai cenderahati kepada YB Menteri KPKK

5. Pengelibatan Kraftangan Malaysia dalam MTRM:Tadau Kaamatan 2011
Ketua Pengarah turut menari Sumazau semasa MTRM:Tadau Kaamatan 2011