Sekali lagi bandaraya Kota Kinabalu akan menerima kunjungan daripada 100 usahawan kraf dari seluruh negara akan berkampung selama 11 hari yang bermula pada 25 April 2014 hingga 5 Mei 2014 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu dalam program terbesar Promosi Kraf Malaysia 2014 yang diadakan setiap tahun dan dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan dilaksanakan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Sabah. Promosi kali ini akan menghimpunkan lambakan pelbagai produk kraf untuk peminat-peminat produk kraf tempatan.
Selain dari itu program pendidikan seni kraf mega akan turut diadakan pada 30 April 2014 yang melibatkan para pengunjung, badan NGO, Pelajar2 sekolah menengah, pihak IPT, IPTS dan Institut Pendidikan Guru di Sabah. Sebagai acara selingan hiburan pentas turut diadakan dengan menampilkan persembahan kesenian muzik bambu, gambus, Tarian kebudayaan dan fesyen show batik. Pada 3 Mei 2014 turut diadakan Mini Konsert Gempita Kraf 2014 yang melibatkan artis-artis Malaysia dan artis-artis dari Sabah. Acara tahunan Kraf Idol 2014 turut diadakan bagi mencari juara Kraf Idol 2014. Acara ini berbentuk pertandingan lagu dan terbuka kepada semua pengunjung program promosi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan