Selasa, 27 Ogos 2013

PELAJAR KOREA MENGANYAM KETUPAT

Unit Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan pendidikan kraf bersempena dengan Promosi Kraf Aidilfitri 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Pendidikan kraf ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Yongho High School, Korea pada 31 Julai 2013 yang telah membuat lawatan ke Sabah bagi melihat dan mempelajari seni dan kebudayaan masyarakat Malaysia di Sabah. Seramai 40 orang pelajar dan guru-guru pengiring telah menyertai aktiviti ini.

Pelajar-pelajar Korea ini didedahkan dengan pendidikan menganyam ketupat sebagai satu budaya masyarakat ketika menyambut perayaan Aidilfitri. Pelajar-pelajar ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk menyiapkan ketupat kerana hasil kerja mereka akan dinilai dan diberikan hadiah. Diakhir aktiviti ini kesemua rombongan pelajar Korea telah diberikan cendera kenangan sebagai penghargaan menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.

Gambar Aktiviti Pelajar-Pelajar Korea Menganyam Ketupat






Tiada ulasan: