Rabu, 14 Julai 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN PKKM CAWANGAN SABAH

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di premis Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di Inanam pada 12 Julai 2010. Program hari Bertemu Pelanggan diadakan serentak diperingkat ibu pejabat dan cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia seluruh Negara. Program ini telah berjaya mewujudkan peluang kepada semua usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf sebagai pelanggan Kraftangan Malaysia untuk bersemuka secara terus dengan pihak pengurusan cawangan dan juga menjadi saluran bagi penyelesaian masalah pelanggan dan menangani pengaduan awam secara terus dengan mengamalkan konsep mesra pelanggan.
Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah cawangan, Encik Mohd Latif Dirun kepada lebih 80 orang yang terdiri dari usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf di Sabah. Terdahulu, pihak KSKKM Cawangan Sabah yang diterajui oleh Encik Ag. Ismail Othman telah membahagi-bahagikan baju batik 1 Malaysia kepada semua anggota kerja cawangan untuk dipakai semasa Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan. Hari Bertemu Pelanggan atau sehari bersama pelanggan peringkat cawangan telah mengadakan beberapa pengisian aktiviti seperti kaunter-kaunter khidmat pelanggan, kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan cawangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh anggota-anggota kerja cawangan, aktiviti hiburan pelanggan melalui petikan Gambus dan gesekan Biola, aktiviti menderma darah dengan kerjasama Tabung darah Hospital Likas, Kota Kinabalu, promosi internet celcom untuk pelanggan, promosi jualan kraf dan aktiviti interaktif kraf bidang Seramik yang melibatkan pelanggan. Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah diyakini dapat mengeratkan hubungan kerjasama yang jitu diantara pelanggan dan pihak perbadanan bagi pembangunan industri kraf di Sabah.

gambar-gambar sepanjang Program Hari Bertemu Pelanggan.
 
Penyampaian Batik 1 Malaysia kepada anggota kerja cawangan oleh KSKKM Sabah

 
Taklimat kepada usahawan oleh Pengarah cawangan








Pelanggan Kraftangan Malaysia terdiri dari usahawan dan peniaga kraf
Kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan dan aktiviti hiburan pelanggan dengan muzik tradisi

Aktiviti derma darah oleh anggota kerja dan usahawan

Aktiviti promosi jualan kraf dan promosi oleh pihak Celom

Tiada ulasan: