Khamis, 7 Januari 2010

KRISMAS RUMAH TERBUKA MALAYSIA 2009


Hiasan yang dibuat oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah semasa sambutan Krismas-Rumah Terbuka Malaysia 2009.


Hadiah cendera kenangan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Sabah


Gambar YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu kehormat dalam sambutan Krismas - Rumah Terbuka Malaysia 2009
Sabah sekali lagi menjadi tumpuan ramai, apabila dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan Krismas - Rumah Terbuka Malaysia 2009. Sambutan Krismas telah diadakan pada 29/12/2009 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Antara tetamu kehormat yang menghadiri sambutan Krismas itu adalah Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah, Dato' Sri Utama Rais Yatim Menteri KPKK, Menteri-menteri kabinet Sabah dan Ketua-ketua Majlis Gereja Malaysia dan Majlis Gereja Sabah.

Dalam sambutan Krismas ini Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah diberi penghormatan untuk menghiasi pentas utama sambutan dan penyediaan cendera kenangan. Unit R&D Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Encik Ag. Ismail Othman dan dibantu oleh anggota-anggota kerja yang lain telah bertungkus lumus membuat hiasan sambutan Krismas 2009 yang ternyata telah menceriakan sambutan dan mendapat pujian dari pihak penganjur sambutan Krismas 2009.

Tiada ulasan: