Selasa, 12 Julai 2011

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2011 – KRAF MENJANA EKONOMI

Akhbar Utusan Borneo - 6 Julai 2011
Pada 25 Jun 2011 hingga 4 Julai 2011 bertempat di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat bandaraya Kota Kinabalu apabila para pengusaha kraf dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor dan Terengganu berhimpun dibawah satu bumbung Promosi Kraf Malaysia 2011 di Sabah, bagi menghidangkan keunikan dan keindahan produk-produk kraf untuk memenuhi selera pengemar-pengemar kraf di Sabah.

Promosi Kraf Malaysia 2011 bertemakan “Kraf Menjana Ekonomi” mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh masyarakat bandaraya Kota Kinabalu dan juga masyarakat dari daerah-daerah yang berdekatan dengan Kota Kinabalu. Sepanjang promosi berlangsung para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dan hiburan pentas yang dijayakan oleh para persatuan kebudayaan dan juga artis-artis negeri Sabah. Selain dari itu promosi kali ini juga mencatat sejarah apabila Unit Pemuliharaan cawangan telah mengadakan Hari Pendidikan Seni dalam skala yang besar pada 2 Julai 2011 (Sabtu) yang menghimpunkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa untuk mengadakan aktiviti kraf. Bagi menambahkan meriahnya promosi kali ini, beberapa jenis sukan rakyat seperti menyumpit, congkak dan dam haji turut diadakan.

Semasa promosi berlangsung sidang media juga turut diadakan yang melibatkan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan ketua-ketua jabatan dibawah KPKK di Sabah dan beberapa ketua jabatan kerajaan negeri yang berkaitan. Promosi kali ini mendapat respon yang baik dari para pengunjung, walaupun hujan lebat melanda bandaraya Kota Kinabalu tetapi orang ramai tetap berkunjung untuk membeli produk-produk kraf yang dijual sepanjang promosi kraf berlangsung, perkara ini dapat dilihat apabila hasil jualan sepanjang promosi berlangsung telah berjaya melebihi sasaran jualan yang disasarkan.

Lawatan TKP Kraftangan Malaysia dan Datuk Bandar Kota Kinabalu




















Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Demonstrasi Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011



















Aktiviti Peragaan Fesyen Batik Kanak-Kanak Promosi Kraf Malaysia 2011











Aktiviti Sukan Rakyat promosi Kraf Malaysia 2011










Persembahan Kebudayaan Promosi Kraf Malaysia 2011
















Mini Konsert Gempita Kraf Promosi Kraf Malaysia 2011

























Tiada ulasan: