Selasa, 26 Julai 2011

FESTIVAL KESENIAN RAKYAT ANTARABANGSA MEDIUM MEMPROMOSI HASIL KRAF TEMPATAN

Utusan Borneo 21 Julai 2011
Sabah menjadi tumpuan dunia apabila sebanyak 18 buah negara berkumpul di Kota Kinabalu Sabah untuk mempamerkan kepada masyarakat Malaysia di Sabah dengan keunikan kebudayaan Negara masing-masing sepanjang Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2011 (SIFF) yang berlangsung pada 19 – 24 Julai 2011 yang lepas bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Pihak PKKM Cawangan Sabah telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Pelancongan Dan Alam Sekitar Sabah melalui agensinya iaitu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk menyelaraskan promosi jualan kraf sepanjang SIFF 2011 berlangsung. Pihak PKKM Sabah telah mengadakan aktiviti demonstrasi tenun songket dastar, interaktif batik canting dan promosi jualan kraf dari usahawan yang didatangkan dari daerah Kota Belud, Kudat, Tambunan, Kota Kinabalu dan juga penjualan Batik 1 Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang berkata, promosi kraftangan sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke 6 boleh menjadi medium bagi mempromosi hasil-hasil kraf tempatan ke peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan untuk mempromosi dan menjual hasil kraftangan mereka kepada pengemar-pengemar produk kraftangan. Beliau juga berterima kasih kepada pihak PKKM Cawangan Sabah kerana turut memberi sumbangan dalam menjayakan SIFF ke 6 ini melalui program promosi kraftangan tempatan.

Gambar-gambar aktiviti.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: