Isnin, 6 Mac 2017

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KRAF KAMPUNGKU (KKK) KG. BATU LUNGUYAN, SOOK, KENINGAU

Kraf KampungKu (KKK) merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangun ekonomi komuniti setempat di bawah program SDSI-produk kraf. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah, budaya dan identiti sesuatu tempat. Sabah telah dipilih untuk pelaksanaan KKK yang kedua selepas KKK Mukim Sayong, Kg. Kepala Bendang, Kuala Kangsar Perak. 

Kg. Batu Lunguyan, Sook, Keningau, Sabah dengan fokus produk kraf - Anyaman Buluh telah dipilih untuk program KKK. Program yang dilaksanakan secara NBOS dengan pengelibatan agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi swasta di Sabah. Sebagai persiapan awal mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program Kraf KampungKu Kg. Batu Lunguyan, Sook, Keningau telah diadakan pada 3 Februari 2017 yang lepas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Zuraidah Mokhtar, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Berdasarkan kehadiran ahli-ahli mesyuarat program yang akan dilaksanakan ini diyakini akan beroleh kejayaan.

Gambar-gambar mesyuarat KKK Kg. Batu Lunguyan, Sook, Keningau.




Focus Group Discussion (FGD) KKK Kg. Batu Lunguyan, Sook, Keningau




Jumaat, 1 Julai 2016

SALAM RAMADHAN 1437 H

Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN. Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Kraftangan Malaysia di seluruh negara. Dari kami Anggota Kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Selasa, 19 Januari 2016

HARI KRAF KEBANGSAAN 2016

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016 dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, jalan Conlay. 

Program tahunan ini menghimpunkan ratusan usahawan kraf dari pelbagai bidang kraf yang datangnya dari seluruh pelusuk negara. Lambakan pelbagai produk kraf pada tahun ini berkonsepkan Native Art yang dipersembahkan kepada seluruh penggemar dan pencinta produk kraf tempatan. 

Semua usahawan kraf Sabah sangat dialu-alukan untuk menyertai program besar ini dan peluang untuk memasarkan produk kraf ke peringkat yang lebih tinggi. Para usahawan kraf Sabah boleh berhubung terus dengan Kraftangan Malaysia cawangan Sabah untuk sebarang maklumat. Sila berhubung terus dengan Encik Mohammad Mokhtar di talian 088-433461 (pejabat) dan 088-424491 (faks).

Jumaat, 6 November 2015

KURSUS IT CAWANGAN


Kursus pengunaan sistem-sistem IT yang digunakan pakai oleh Kraftangan Malaysia telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bertempat di Makmal Komputer , Jabatan Akauntan Negara pada 3 November 2015. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat yang diselaraskan oleh Pegawai-Pegawai IT iaitu Puan Asmah Abdullah dan Puan Syamsiah Mohamed Dhohari. Kursus ini dihadiri seramai 25 orang anggota kerja cawangan. Kursus penggunaan sistem-sistem IT merangkumi sistem pengurusan dokumen, sistem mediabank, sistem latihan, sistem undilot dan sistem usahawan ini diadakan bermula dari jam 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Diakhir kursus Pengarah cawangan Encik Abdul Rahman Omar menggesa supaya setiap pegawai dan anggota kerja menggunakan sepenuhnya ilmu yang diperolehi dalam kursus ini demi untuk melancarkan pelaksanaan setiap tugasan yang memerlukan penggunaan sistem-sistem tersebut.
 




 

Selasa, 27 Oktober 2015

TAHNIAH KETUA PENGARAH BARU

Pihak pengurusan dan semua warga Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar ke atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada 20 Oktober 2015 yang lepas. Semoga Kraftangan Malaysia akan terus gah dan menjadi agensi yang terbilang dibawah pimpinan beliau.

Selasa, 23 Jun 2015

CERAMAH KERJAYA DAN PENDIDIKAN KRAF

SMK Kudat yang terletak di utara negeri Sabah telah mengadakan program khusus mengenai kraf dengan mengadakan program ceramah kerjaya dan pendidikan kraf khasnya dalam industri kraf Malaysia pada 16 Jun 2015 bertempat di dewan terbuka Seri Aminah Arif, SMK Kudat. Ceramah mengenai Institut Kraf Negara (IKN) telah disampaikan oleh Encik Mohammad Mokthar Penolong Pengarah Unit Pemasaran dan Pemuliharaan Kraf di Sabah. Program dan aktiviti Pemuliharaan Kraf diselaraskan oleh Puan Zamhuriah Mohd. Fadzil. Terdahulu, satu aktiviti pendidikan kraf melibatkan bidang Batik, Anyaman Buluh dan Anyaman Rotan telah diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah mengenai pembuatan produk kraf tempatan. Kebanyakan pelajar yang terlibat menunjukkan minat terhadap produk kraf yang diajarkan kepada mereka.
 
 
 
 
 

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 SURIA SABAH, KOTA KINABALU

Bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan 2015 di Sabah. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 pada 16 Mei 2015 hingga 1 Jun 2015 bertempat di pusat beli belah Suria Sabah Kota Kinabalu. Pelbagai produk kraf diperagakan dan dijual oleh usahawan bagi kegunaan sambutan Kaamatan tahun ini. Disamping jualan kraf turut diadakan pertandingan yang berkaitan dengan sambutan Kaamatan iaitu 'Sugandoi' yang berupa pertandingan seni suara dengan menyanyikan lagu-lagu tempatan khususnya lagu-lagu KDM Sabah.

Buat julung kalinya diadakan pertandingan 'Unduk Ngadau' satu acara peragaan fesyen pakaian tradisi suku kaum di Sabah bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun. Artis-artis tempatan Sabah yang terdiri dari S Welly, Esther Clement Tubong. Rubisa AF7 serta ramai lagi artis juga turut menghiburkan pengunjung dalam mini konsert Gempita Kraf yang diadakan. Sementara itu sidang media pula dijayakan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.




 
Biar gambar bicara...

 
 
Sidang Media PKM 2015 Suria Sabah oleh DSP Masidi Manjun
 
 
 
 
Acara pentas yang diadakan
 
 
 
 
 
 
 
Produk usahawan yang dijual semasa PKM 2015 Suria Sabah