Jumaat, 17 Februari 2012

HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan diadakan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, kepada semua usahawan kraf Sabah yang ingin menyertai HKK sila berhubung terus dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah. Usahawan kraf yang telah mengesahkan untuk menyertai HKK, sila buat persiapan dan pastikan semua keperluan telah disediakan. Untuk mendapatkan tambang murah sila beli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur lebih awal, bagi maklumat penerbangan sila berhubung juga dengan Unit Pemasaran Dan Promosi, Kraftangan Malaysia caw. Sabah.

Isnin, 13 Februari 2012

PROMOSI JUALAN KRAF FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 sekali lagi telah diadakan di daerah Tawau yang bermula pada 9 hingga 11 Februari 2012 bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah. Festival kebudayaan menghimpunkan pelbagai kebudayaan dari negeri Sabah dan juga dari negara-negara jiran. Penganjur  festival ini turut mengundang pihak Kraftangan Malaysia cawangan Sabah untuk mengadakan promosi jualan kraf, Promosi jualan kraf kali ini memberikan peluang kepada para pengusaha dari pantai timur Sabah untuk menjual produk kraf keluaran mereka kepada masyarakat setempat di Tawau melalui Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012.

Pengusaha Kraf dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu yang menyertai promosi jualan kraf di Tawau

Produk kraf dari masyarakat Lundayeh yang terdapat di daerah Tawau

Jumaat, 10 Februari 2012

PEMBUBARAN AJK KSKKM CAWANGAN SABAH

Pada 9 Febuari 2012 Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKKM) Caw. Sabah telah dibubarkan dengan rasminya dan seterusnya pembentukan AJK KSKKM Caw. Sabah yang baru untuk sesi 2012 – 2013 telah diadakan. Berikut adalah AJK KSKKM Caw. Sabah untuk sesi 2012 – 2013.

Penasihat : Encik Mohd Latif Bin Dirun
Pengerusi : Encik Abdul Rahman Omar
Tim. Pengerusi : Encik Mohd Yusof Johari
Setiausaha : Puan Rosmah Ag. Asim
Pen. Setiausaha : Puan Masayu Yacob
Bendahari : Puan Hjh. Noraidah Ikon
Biro Sukan : Encik Lawrence Kintau
Biro Kebajikan : Encik Jamaan Anjam
Biro Ekonomi : Puan Rofena Anim

AJK KSKKM Cawangan Sabah sesi 2012 - 2013

Rabu, 14 Disember 2011

UCAPAN TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN ENCIK NAZARI BIN MAARUS

KEHILANGAN MU AMAT SUKAR DICARI GANTI, PEMERGIAN MU MENINGGALKAN KENANGAN ABADI.

Dengan penuh takzim, pihak Pengurusan dan seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham Nazari bin Maarus yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Disember 2011. Pemergian beliau ini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada Kraftangan Malaysia, khasnya bagi industri kraftangan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al Fatihah ke atas roh Allahyarham.

Selasa, 13 Disember 2011

SEMINAR ANTARABANGSA WARISAN NUSANTARA DAN BICARA KRAF WARISAN 2011

PKKM Sabah melalui Unit Pemuliharaan telah mengadakan Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara dan Bicara Kraf Warisan 2011 pada 9 – 11 Disember 2011. Program ini diadakan bersama dengan pihak Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Seramai 60 orang peserta telah memilih menyertai Bicara Kraf Warisan 2011 yang dikendalikan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Semasa program tersebut sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dan dibicarakan oleh pembentang yang terdiri daripada Professor Madya Dr. Ismail Ibrahim, Dekan Sekolah Pengajian Seni UMS, Puan Parbiyah Bachik Bhg. Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cik Aida Shazlin Shaharom, Bhg. R&D Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat. Peserta terdiri daripada institusi perguruan, pelajar sekolah, usahawan kraf dan anggota kerja dari beberapa agensi di bawah KPKK di Sabah. Dalam program tersebut turut diadakan demonstrasi kraf Ukiran Halus Lepa, Ukiran Halus Sarung Parang, Anyaman Buluh, Sulaman Pis dan Tenunan Rungus, selain dari itu pameran produk diselaraskan oleh Unit R&D cawangan dan jualan produk kraf oleh beberapa usahawan kraf dari Kota Kinabalu. Sepanjang program berlangsung peserta dan pembentang dari luar seperti Indonesia, Brunei dan semenanjung turut mengikuti program Bicara Kraf Warisan 2011. Keseluruhannya para peserta berpuas hati dengan penganjuran Bicara Kraf Warisan 2011 dan berharap supaya program seumpama ini terus diadakan bagi kesinambungan hayat produk kraf warisan yang diancam kepupusan.
Gambar-gambar program.












PROMOSI KRAF MALAYSIA 1 BORNEO

Promosi Kraf Malaysia 2011 Sabah telah diadakan pada 24 – 29 November 2011 bertempat di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Promosi kali ini menghimpunkan seramai 51 orang usahawan yang datangnya dari Selangor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah sendiri untuk mempamerkan dan seterusnya menjual produk mereka untuk masyarakat Kota Kinabalu di Sabah. Orang ramai tidak ketinggalan untuk mendapatkan produk kesukaan mereka sebagai persiapan menyambut perayaan Natal 2011 yang akan menjelang tiba. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan jualan produk kraf yang dipasarkan sepanjang promosi tersebut.

Gambar-gambar sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2011










Jumaat, 26 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI 2011 / 1432H KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DI SELURUH NEGARA, SEMOGA GEMBIRA DAN MAAF ZAHIR BATIN - ROJA JAMUN & KELUARGA, PKKM SABAH