Rabu, 14 Disember 2011

UCAPAN TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN ENCIK NAZARI BIN MAARUS

KEHILANGAN MU AMAT SUKAR DICARI GANTI, PEMERGIAN MU MENINGGALKAN KENANGAN ABADI.

Dengan penuh takzim, pihak Pengurusan dan seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham Nazari bin Maarus yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Disember 2011. Pemergian beliau ini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada Kraftangan Malaysia, khasnya bagi industri kraftangan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al Fatihah ke atas roh Allahyarham.

2 ulasan:

Lina berkata...

Al Fatihah buat teman. Semoga Allahyarham Nazari di tempatkan bersama para solihin serta dicucuri rahmat olehNya. Amin.

Awanama berkata...

Allahyarham merupakan seorang sahabat dan rakan kerja yang baik.Pemergiannya amat dirasai dan sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.AL-FATIHAH