Jumaat, 29 November 2013

WARGA BARU PKKM SABAH

PKKM Sabah telah menerima 2 anggota baru yang ditempatkan di Unit Pembangunan Usahawan Sabah. Diharapkan dengan pertambahan anggota baru ini boleh membantu unit dalam membangunan usahawan kraf di Sabah.

Sh. Armansah Bin Sh. Yassin adalah anak kelahiran Kg. Sebayan, Kudat merupakan graduan dari Institut Kraf Negara (IKN) dalam bidang Seni Kraf Rotan. Pada tahun 2006 beliau telah menyertai Institut Kraf Negara dengan mengambil Sijil Seni Kraf Rotan dan telah menyambung ke bidang yang sama untuk mendapatkan Diploma Seni Kraf Rotan. Semasa dan selepas menjalani latihan di IKN beliau telah mengikuti latihan industri di Rinago Handikraf Kg. Sebayan, Kudat dan juga telah terpilih menjadi tenaga pengajar/jurulatih secara sambilan di PKKM Sabah dan ditempatkan di Pusat Kraftangan Keningau, Sabah. Kini beliau mencurah bakti sebagai anggota kerja di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Seorang lagi anggota kerja baru adalah Cik Erma Raitom berasal dari Kg. Batu Lunguyan, Sook, Keningau merupakan anak kepada Usahawan Kraf Buluh/Salingkawang Puan Julitah Kulinting. Sebelum menyertai Kraftangan Malaysia Erma pernah bertugas sebagai guru sandaran pada tahun 2007. Erma memulakan persekolahan menengah di SMK Tulid, Sook Keningau dan berpindah ke SM Teknik Keningau bagi menduduki peperiksaan SPM dan mengakhiri alam persekolahan di SMK Gunsanad dengan menduduki peperiksaan STPM. Kini Erma mencurah bakti di Kraftangan Malaysia cawangan Sabah. 

1 ulasan:

Bahagian Strategi Korporat (BSK) berkata...

Selamat menjalankan tugas buat En. Armansah dan Cik Erma, semoga pengetahuan anda dapat menyumbangkan lagi industri pembangunan kraf terutamanya di negeri Sabah.