Jumaat, 14 Mei 2010

Pendidikan Kraf Sempena Craft Exotica 2010


Saban tahun Craft Exotica yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Muzium Negeri Sabah mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai. Untuk tahun 2010 sekali lagi Kampung Warisan, Muzium Sabah menjadi medan bagi pengusaha-pengusaha kraf berhimpun untuk memperlihatkan kemahiran dalam bidang kraf masing-masing. Kebanyakan pengusaha-pengusaha ini adalah terdiri dari pengusaha yang dibangunkan oleh PKKM Cawangan Sabah.

Craft Exotica 2010 bertambah meriah apabila Unit Pemuliharaan Kraf  PKKM Cawangan Sabah turut mengadakan pendidikan kraf untuk bidang Anyaman Buluh yang mana disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SMK Taman Tuan Fuad, SMK Putatan dan SMK Datuk Peter Mojuntin, pendidikan kraf yang diadakan adalah bersempena dengan pelancaran Craft Exotica 2010 yang telah disempurnakan oleh Datuk Joseph Pounis Guntavid, Pengarah Jabatan Muzium Sabah pada 10 Mei 2010.

Gambar-gambar semasa Program Pendidikan Kraf yang berlangsung di rumah kebudayaan kaum Suluk di kg. Warisan, Muzium Sabah.





Tiada ulasan: