Rabu, 14 Julai 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN PKKM CAWANGAN SABAH

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di premis Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di Inanam pada 12 Julai 2010. Program hari Bertemu Pelanggan diadakan serentak diperingkat ibu pejabat dan cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia seluruh Negara. Program ini telah berjaya mewujudkan peluang kepada semua usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf sebagai pelanggan Kraftangan Malaysia untuk bersemuka secara terus dengan pihak pengurusan cawangan dan juga menjadi saluran bagi penyelesaian masalah pelanggan dan menangani pengaduan awam secara terus dengan mengamalkan konsep mesra pelanggan.
Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah cawangan, Encik Mohd Latif Dirun kepada lebih 80 orang yang terdiri dari usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kraf di Sabah. Terdahulu, pihak KSKKM Cawangan Sabah yang diterajui oleh Encik Ag. Ismail Othman telah membahagi-bahagikan baju batik 1 Malaysia kepada semua anggota kerja cawangan untuk dipakai semasa Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan. Hari Bertemu Pelanggan atau sehari bersama pelanggan peringkat cawangan telah mengadakan beberapa pengisian aktiviti seperti kaunter-kaunter khidmat pelanggan, kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan cawangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh anggota-anggota kerja cawangan, aktiviti hiburan pelanggan melalui petikan Gambus dan gesekan Biola, aktiviti menderma darah dengan kerjasama Tabung darah Hospital Likas, Kota Kinabalu, promosi internet celcom untuk pelanggan, promosi jualan kraf dan aktiviti interaktif kraf bidang Seramik yang melibatkan pelanggan. Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat cawangan Sabah diyakini dapat mengeratkan hubungan kerjasama yang jitu diantara pelanggan dan pihak perbadanan bagi pembangunan industri kraf di Sabah.

gambar-gambar sepanjang Program Hari Bertemu Pelanggan.
 
Penyampaian Batik 1 Malaysia kepada anggota kerja cawangan oleh KSKKM Sabah

 
Taklimat kepada usahawan oleh Pengarah cawangan








Pelanggan Kraftangan Malaysia terdiri dari usahawan dan peniaga kraf
Kaunter penerangan mengenai Hari Bertemu Pelanggan dan aktiviti hiburan pelanggan dengan muzik tradisi

Aktiviti derma darah oleh anggota kerja dan usahawan

Aktiviti promosi jualan kraf dan promosi oleh pihak Celom

Khamis, 8 Julai 2010

SAMBUTAN HARI JADI ANGGOTA KERJA

Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan sambutan Hari Jadi untuk anggota-anggota kerja cawangan pada 5 Julai 2010. Antara yang diraikan termasuklah Pengarah cawangan Encik Mohd Latif Dirun dan ketua-ketua unit di cawangan. Sambutan seumpama ini jelas dapat mengeratkan silaturahim di antara semua anggota kerja, pegawai-pegawai cawangan dan pengarah, sambutan ini juga lebih merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga kerja PKKM Sabah.

Gambar-gambar kenangan sambutan hari jadi.

Khamis, 1 Julai 2010

BENGKEL PENGADUAN AWAM

Bengkel Pengaduan Awam telah diadakan pada 17 Jun 2010 bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Pegawai-pegawai daripada Bahagian Komunikasi Korporat Encik Manan Ismail dengan Cik Asma Ali Asak telah mengendalikan bengkel tersebut yang disertai oleh seramai 28 orang anggota cawangan Sabah. Encik Georgie Abas, pengarah Jabatan Pengaduan Awam Sabah turut memberi ceramah dalam bengkel tersebut. Bengkel sehari itu telah memberi faedah kepada semua anggota dalam menangani aduan-aduan yang diterima dan mengikut saluran yang betul, anggota kerja juga mengambil serius terhadap ceramah yang disampaikan.

Gambar-gambar semasa bengkel.



MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA KERJA PKKM SABAH

Pada 26 Jun 2010 bertempat di Your Choice Cafe, 1Borneo Kota Kinabalu. Pihak PKKM Sabah telah meraikan perpisahan Encik Fairuz Hafiezal Rosli anggota kerja PKKM Sabah yang ditukarkan ke PKKM Pahang (Kuantan). Perkhidmatan beliau di Sabah akan sentiasa di kenang oleh semua anggota kerja PKKM Sabah terutama Unit PU yang terlibat secara langsung sepanjang beliau bertugas di Sabah. Pengurusan cawanganan semua anggota kerja cawangan Sabah mengucapkan Semoga Sukses di tempat kerja yang baru.

Gambar kenangan Majlis Perpisahan

Jamuan semasa Majlis Perpisahan tersebut

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010 1BORNEO HYPERMALL KOTA KINABALU

Promosi Kraf Malaysia 2010 telah diadakan pada 24 hingga 28 Jun 2010 bertempat di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, seramai 41 usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang kraf telah menyertai promosi tersebut. Promosi yang diadakan telah memberi peluang kepada masyarakat Sabah amnya dan Kota Kinabalu khasnya untuk mendapatkan pelbagai produk kraf yang terdapat dalam promosi tersebut. Kehadiran orang ramai jelas memperlihatkan sokongan masyarakat terhadap industri kraf di negeri ini dan keadaan ini memperlihatkan juga potensi pasaran produk kraf yang mendapat tempat dalam masyarakat di Sabah.

Gambar-gambar semasa promosi berlangsung.

Kawasan Promosi Kraf di 1Borneo

Ruangan jualan promosi batik

Promosi produk aksesori dan hasil rimba

Promosi produk bunga kristal dan aksesori logam

Promosi produk kraf Sarawak

Promosi aksesori logam dan senjata logam

Temuramah Pengarah PKKM Sabah dengan pihak RTM Sabah

Promosi Khas Batik 1 Malaysia (Karyaneka)

Aktivti Pendidikan Kraf Batik

Aktiviti Demonstrasi Sulaman Pis dan Tenunan Tradisi Sabah

Demonstrasi Pembuatan Seramik


Pameran Produk Baru Unit R&D PKKM Sabah

Perjumpaan Pengarah bersama usahawan kraf

Persembahan PENTARAMA Jabatan Penerangan Sabah